Monday, August 21, 2017

Azmin Ali semakin galak bermain Kayu Tiga, jangan kantoi sudah!


12 Ogos 2017 Azmin Ali bersama Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengadakan perbincangan.

Menurut kata Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) ada rundingan yang tidak rasmi antara beliau dan PAS bagi pihak PH dengan harapan PAS menyertai pakatan itu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.



Macam mana bagi pihak PH pula? Kit Siang sudah tolak PAS sepenuhnya. Azmin sahaja yang memandai mandai jual cerita.

Kemudian pada 18 Ogos 2017, Azmin jumpa pula dengan Presiden PAN, Mat Sabu. Mereka mengadakan perbincangan secara panjang lebar berkenaan strategi memperkukuh dan menjana sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

Inilah dia politik kayu tiga. Yang sah ikatan "perkahwinannya" dalam pembangkang adalah PAN. Namun, Azmin lebih seronok menjalin hubungan haram dengan PAS, yang sudah diceraikan secara rasmi oleh Pakatan Harapan.

Azmin memang suka benda yang bersifat skandal dan haram ini. Ramai lagi masih ingat gambar dalam tandas Azmin sedang "ais krim" selama 45 minit dengan skandalnya. Sampai hari ini, Azmin masih lagi enggan jelaskan tentang isu "ais krim" itu.

PAN adalah "isteri yang sah" manakala PAS pula sudah jadi janda. Namun di Selangor, Azmin Ali ambil "janda" untuk bersamanya dalam "rumah"  kerajaan negeri Selangor.

Hayat "janda" yang bernama PAS ini sudah tidak lama lagi di "rumah" itu. Ini kerana, dalam PRU14, bermulalah "proses menghalau janda" oleh PAN. Itulah yang menjadi topik perbincangan antara Mat Sabu dan Azmin dua hari lepas.

Ini kerana PAN lebih disayangi DAP,  yang menjadi penaja dan "boss besar" dalam Pakatan Harapan. Guan Eng baru sahaja jemput Azmin bincang perkara yang sama di Pulau Pinang hujung minggu lepas.

Guan Eng juga pakar bab kayu tiga ini dan benda benda haram ini. Oleh kerana itulah banyak kilang haram di Pulau Pinang. Di Selangor pula banyak rumah urut haram. Mungkin ini puncanya, Azmin tidak mahu tandatangan Ikrar Basmi Rasuah, IBR.

Azmin mendapat ilham dari dari Guan Eng. Perbincangan berjalan rancak dari atas Rainbow Skywalk, Komtar hinggalah makan malam bersama sama dengan Guan Eng. Ilham mengendalikan benda benda haram dan cara mencantas PAS secara halus.

Hari seterusnya, Azmin merancang bersama Mat Sabu, taktik yang diberitahu Guan Eng itu. Cara halus untuk singkirkan PAS. Termasuklah menggunakan kuasa wang dan mendedahkan skandal pemimpin PAS.

Siap sedialah PAS untuk dihalau dan dihina oleh PAN dalam PRU14 nanti. Tiga Exco PAS di Selangor ini, barangkali sudah kena beli. Silap silap mereka juga sanggup tanding atas tiket PAN demi gaji dan kedudukan jawatan mereka.

Politik kayu tiga Azmin amat halus. Nampak macam dia gila talak dengan PAS. Namun hakikatnya, dia lebih sayang "isterinya yang sebenar" iaitu PAN. Apa boleh buat, itulah isteri yang dimahukan oleh DAP,  "paymaster" sebenar dalam Pakatan Harapan.

No comments:

Post a Comment