KL CHRONICLE: RM 2.6 Bilion, Perdana Menteri, Pengkritik Dan Siasatan SPRM Yang Tercemar?

Tuesday, August 4, 2015

RM 2.6 Bilion, Perdana Menteri, Pengkritik Dan Siasatan SPRM Yang Tercemar?


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM), yang beberapa pegawainya sedang berhadapan siasatan pembocoran dan pemalsuan dokumen, mengeluarkan kenyataan mengesahkan sejumlah RM 2.6 Bilion dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tetapi bukan dari 1 Malaysia Development Berhad seperti yang didakwa.


Sungguhpun kita menerima kenyataan SPRM ini, namun apakah siasatan mereka tidak tercemar dengan tindakan beberapa pegawai dan Timbalan Pendakwaraya mereka yang sedang disiasat Polis? Apakah keputusan dan fakta RM 2.6 bilion tersebut sudah sah atau telah tercemar oleh beberapa orang pegawai mereka?

Kita tertanya-tanya darimana datangnya angka RM 2.6 bilion ini? USD 700 juta pada 2013 tidak memungkinkan angkanya ialah RM 2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri pada 2013.

Kita faham SPRM tidak boleh mendedahkan sumber penyumbang kepada umum. Nmaun SPRM perlu menjelaskan berapa banyak transaksi dan akaun yang menghasilkan RM 2.6 bilion itu.

Apabila Wall Street Journal dan Pakatan Rakyat menuduh Mohd Najib mengambil sejumlah USD 700 juta milik 1MDB ke dalam akaunnya, beliau menulis,

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri. Surat peguam tersebut meminta Wall Street Journal mengesahkan pendirian akhbar tersebut berikutan laporan yang telah dibuat menuduh saya menyalahgunakan dana AS$700 juta milik 1Malaysia Development Berhad.”

Mohd Najib juga dalam perjumpaan dengan Majlis Tertinggi UMNO mengakui menerima dana untuk pilihan raya tetapi menafikan menerima dari 1MDB atau menggunakan dana tersebut untuk kepentingan peribadinya. Mohd Najib juga tidak pernah memaklumkan berapa jumlah dana tersebut kepada mereka

Mungkin beliau sendiri tidak pasti jumlah dana tersebut dan perbelanjaannya, lalu mengarahkan pasukan khas menyiasat akaun tersebut.

Semalam Mohd Najib sendiri bersedia mengumumkan senarai penyumbang Pilihan Raya Barisan Nasional sekiranya semua parti politik bersetuju.

Selagi parti lain tidak bersedia mendedahkan sumbernya tiada sebab Barisan Nasional perlun mendedahkan.

Garis sempadan di sini ialah:

1. Mohd Najib tidak pernah menafikan akaun tersebut bukan milik beliau.
2. Mohd Najib tidak pernah menafikan beliau menerima dana melalui akaun tersebut.
3. Mohd Najib HANYA menafikan beliau menerima wang 1MDB seperti mana yang didakwa oleh WSJ, Tun Mahathir dan Pembangkang.

Lebih utama siasatan SPRM mendapati tiada wang 1MDB atau mana-mana pihak yang berunsur rasuah dikesan menyumbang ke dalam akaun Perdana Menteri untuk pilihan raya ini.-MYKMU.NET

1 comment:

Abu Bakar said...

Pembetulan:

Isunya di sini adalah perbuatan Najib ini boleh didakwa di bawah kesalahan pengubahan wang haram. Ini kerana jumlah wang yang disalurkan itu tak kiralah kecil atau besar, tetapi wang itu tidak diketahui sumbernya, patutnya perkara ini perlu diishtiharkan kepada pihak yang berwajib, apakah Najib menghishtiharkan kemasukkan dana itu kepada pihak yang berwajib mengenai jumlah, dari siapa pendermanya, dari sumber mana penderma itu, kerana kita risau sumber 'derma' itu adalah sumber yang menyalahi undang-undang seperti pelacuran, perjudian, dadah, vcd/dvd/kaset cetak rompak, barangan tiruan, pemerdagangan manusia, pejualan organ manusia, urusniaga senjata api yang menyalahi peraturan antarabangsa, pusat maksiat, pemerasan, ceti haram, rasuah, atau lain-lain sumber yang meragukan.

Oleh itu pihak berkuasa terutama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman perlu menyiasat perkara ini. Jika terlibat dengan unsur rasuah, maka serahkan kepada pihak SPRM, tapi kalau jenayah lain seperti diatas tu, maka Jabatan Siasatan Jenayah perlu ambil tindakan siasatalah.

Apa yang pelik kini adalah para penyiasat dari SPRM, BNM, serta Jabatan Peguam Negara, malahan Peguam Negara pun dipecat dari jawatannya serta merta tanpa sebarang alasan yang munasabah, siap bohong lagi kata Tan Sri Gani sakit, sedangkan dia masih ok dan bila datang ke pejabat, dia dihalang masuk ke pejabatnya, malahan notis pun tak diberikan kepada Tan Sri Gani mengenai pemecatannya itu, apahal ni semua?

Pihak PDRM perlu segera menahan Najib, kerana dia sekarang ni dah dianggap sebagai suspek kes jenayah, sampai bila nak biarkan suspek jenayah itu bebas di luar sana? Jangan jadikan kes Najib ini sebagai rujukan oleh orang lain yang buat jenayah di masa akan datang untuk mencabar penangkapan mereka oleh PDRM pula selepas ini.

Nanti kita tak maulah bila ada suspek pengubahan wang haram ditangkap dia nak lepaskan diri maka digunakan alasan PDRM tak tangkap Najib walaupun Najib ada kes pengubahan wang haram. Apa akan jadi dengan undang-undang kita kelak?

Kesimpulannya Najib perlu ditangkap atas dakwaan membuat pengubahan wang haram, jika tiada tangkap dibuat oleh pihak polis, maka pihak SPRM perlu menyiasat pihak PDRM terutama Ketua Polis Negara atas dakwaan tidak menjalankan tugas dengan betul dan melakukan salah guna kuasa dengan tidak menangkap suspek jenayah.

Sedarlah semua.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget