CORETAN RINGKAS Saudara Lokman Adam
1. Jika PM terima sebarang dana sepertimana dituduh oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal, beliau takkan berani suruh Ketua Audit Negara menjalankan siasatan terperinci ke atas 1MDB. PM juga takkan berani meminta PAC yang turut dianggotai oleh wakil DAP, PKR dan PAS untuk menyiasat 1MDB. 9 Jun ini Ketua Audit Negara akan serah hasil siasatan pada PAC, kebenaran akan muncul In Sya Allah.

2. Bodoh sangat ke PM meminta duit itu dimasukkan dalam akaun peribadinya? Nama pemegang akaun pun jelas salah. Nama akaun mesti ikut ic iaitu Bin Abdul Razak, bukan Abd Razak.
3. Sumber Wall Street Journal, Malaysian Insider, Malaysiakini dan The Edge hanyalah Sarawak Report. Sarawak Report pula dapat maklumat yang datangnya dari xavier Andre Justo yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa Thailand kerana memeras ugut serta didapati telah mengubahsuai bahan yang beliau bekalkan kepada pihak yang selama ini membekalkan maklumat kepada Sarawak Report.
4. Apa yang Sarawak Report tulis hanyalah sampah yang bertujuan untuk membunuh karier politik DS Najib. Jika apa yang mereka tulis benar, saya cabar mereka datang ke Malaysia dan buat sidang media mendedahkan apa yang mereka fitnah itu dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang di negara ini.
5. Sehingga kini, pendedahan yang kononnya terperinci oleh Sararawak Report hanyalah satu cerita dongeng yang direkayasa dengan begitu terperinci bagi meyakinkan pembacanya. Hakikatnya, tiada satupun disertakan dengan bukti hingga kini.
6. Sejak bila beban pembuktian diletakkan dibahu pihak yang dituduh. Sepatutnya Sarawak Reportlah yang sepatutnya mengemukakan bukti ke atas tuduhan mereka. Kenapa tak serahkannya terus kepada SPRM?
7. Kepada teman-teman yang saya yakin semakin buntu dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan kepada kepimpinan negara, cuma satu pesan saya, jika kita tak tahu jawapan kepada fitnah tersebut, janganlah pula kita bantu memviralkan fitnah itu.
8. Dalam dunia whatapp hari ini, memang maklumat dihujung jari. Malangnya maklumat itu kadang kala lebih banyak ke arah auta dari fakta. Nantikanlah keputusan siasatan Ketua Audit Negara dan PAC. Jika kita gagal pertahan kepimpinan negara kita dari fitnah hari ini, bersih manapun pemimpin yang akan naik, pasti tidak akan lekang dari difitnah pihak lawan. Adakah kita hendak menukar pemimpin kita setiap kali mereka difitnah? Renungkanlah.....
1MDB TAK PERNAH BERI SEBARANG DANA PADA PM
Merujuk kepada laporan-laporan media yang diterbitkan awal hari ini, 1MDB ingin menjelaskan bahawa syarikat tidak pernah memberikan sebarang dana kepada Perdana Menteri. Untuk mengatakan sebaliknya, seperti yang telah dilakukan oleh beberapa pihak media, adalah sangat tidak bertanggungjawab dan merupakan satu percubaan yang sengaja untuk melemahkan syarikat.
Pendedahan baru-baru ini telah menimbulkan kebimbangan mengenai kesahihan beberapa dokumen yang ‘dibocorkan’ yang mana beberapa media tertentu, dan blog-blog online seperti Sarawak Report, telah gunakan untuk mengelirukan masyarakat dan memberikan justifikasi untuk dakwaan palsu terhadap syarikat dan kerajaan.
Berdasarkan laporan-laporan akhbar, dokumen-dokumen ini didapati telah diubah, dan telah digunakan oleh seorang individu – yang kini ini ditahan di sebuah negara asing – untuk memeras ugut bekas majikannya.
Oleh itu kami terkejut bahawa dokumen-dokumen seperti ini, yang kewujudan dan kesahihannya belum disahkan secara terbuka, terus digunakan sebagai asas untuk membuat dakwaan tidak berasas yang baru terhadap 1MDB.
1MDB kini sedang bekerjasama dalam beberapa siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang berkenaan termasuk Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Bank Negara. Pihak-pihak berkuasa ini mempunyai semua maklumat berkaitan, dan kami meminta semua pihak untuk menunggu hasil penemuan mereka sebelum membuat dakwaan seterusnya dan bergegas untuk menghakimi perkara tersebut.
4 comments:
Jika benar fitnah, bertindaklah segera. Jangan dok diam je. Silap2 korang yang memfitnah para whistleblower macam wsj dan sr tu...
Jika benar fitnah, bertindaklah segera. Jangan dok diam je. Silap2 korang yang memfitnah para whistleblower macam wsj dan sr tu...
BIARKAN SAJA!! TAKDE KESAN PN PADA RAKYAT!! KATA MAJORITI RAKYAT BERSAMA JIBBY!! SELAMA NI PUN KLU ADA ISU UMNO/BN/KERAJAAN BUKAN ADA AMBIL TINDAKAN PUN!! SEBELUM NI LAGI MCM2 FITNAH..BOLEH JE MENANG PRU 13 DGN PENINGKATAN KERUSI UMNO!! TOLONG LA BUAT MACAM NI JE..PERBANYAKKAN ARTIKEL PENAFIAN ATAU TUDUH SERANGAN MUSUH SPT PEMBANGKANG ATAU GENG2 TUN ATAU YAHUDI/ANASIR LUAR!! CUKUP JE LAWAN MCM TU BOLEH MENINGKATKAN SOKONGAN RAKYAT!! IN SHA ALLAH PRU 14 BOLEH MENANG 2/3…hahahaha
#manatelor
#pemimpinTEGAS
*jgn lupa tutup blog ni nanti dgn blog2 pangkhianat lain

Post a Comment