KL CHRONICLE: @khairykj : Bukan Melayu Harus Tepati Janji

Wednesday, November 26, 2014

@khairykj : Bukan Melayu Harus Tepati Janji

Jangan cabar hak istimewa Melayu, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika menyampaikan ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider,  26 November, 2014.


Bukan Melayu harus tepati janji, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini, sambil menambah orang Melayu sendiri tidak pernah mempersoalkan kedudukan sekolah vernakular dan kewarganegaraan yang diberi kepada bukan Melayu.



Ketua Pemuda Umno itu dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan agung tahunan sayap parti berkata, orang Melayu sudah "terima dan tidak pernah pertikaikan" kontrak sosial yang dipersetujui semasa penubuhan Malaysia.

"Kalau orang Melayu boleh terima, tak ungkit kerakyatan dan mengiktiraf kita tak boleh tutup sekolah vernakular, kenapa ada pula yang sekarang ini tidak pegang janji asal mereka. 

"Kenapa ada yang minta dihapus kedudukan istimewa orang Melayu, ada yang mempertikaikan kedaulatan Raja-Raja Melayu, ada yang tak faham bahasa kebangsaan. 
"Kalau orang Melayu tegas dengan prinsip kita mempertahankan perjanjian asal, kita tuntut yang lain juga pegang pada janji asal mereka. Tak perlu lagi pertikaikan hak kami. Kita tak minta mereka menggadai apa yang ada, kita cuma minta jaga apa yang dipersetujui bersama," katanya. – 26 November, 2014.

MENYUSUL LAGI


1 comment:

jgn jadi bodoh!!! said...

selama mnjadi kp UMNO ni kali pertama KJ berckp pasal prjuangan Melayu!!SEBELUM INI SIBUK DGN AGENDA LIBERAL DA PROGRESSIF!!MENGECAM NGO2 ULTRA MELAYU!!sesumpah ni mn ada pndirian dan prinsip!!yg berckp soal tanah rezab melayu sblm ni adalah PERKASA..mcm biasa Kj cedok mcm rumah transit yg dilhamkn olek khir toyo semasa mnjd Mb Selangor!!

kami takkan lupa apa yg Kj buat masa zan tun dol

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget