Ada yang menyamakan siri penangkapan dan pendakwaan hasutan yang berlangsung sekarang dengan Ops Lalang 1987. Setuju atau tidak terpulang. (Bagi yang kurang arif tentang Ops Lalang harap google).
Masa Operasi Lalang ramai yang kaitkannya dengan pergolakan dalaman Umno ketika itu. Walaupun itu tidak pernah dibuktikan, ramai yang membuat kesimpulan "bila orang Umno berperang orang lain akan menerima padah". Betul atau tidak, itulah persepsinya. Itu cerita lama.
Cerita baru ialah penggunaan Akta Hasutan terhadap pemimpin pembangkang dan ahli akademik. Adakah ini kerana Umno sedang berperang? (Jika "teori" 1987 menjadi sandaran).
Mungkin tidak adil untuk menuduh demikian. Buat masa ini. Kerana yang harus ditanya terlebih dulu ialah adakah Umno sedang berperang? Tidak ada tanda jelas yang menunjukkan ke arah itu.
Yang ada, "sekadar" teguran terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak. Semua sudah maklum apa yang diperkatakan Dr Mahathir. Tidak perlu huraian. Bagi orang Umno itu tidak boleh diklasifikasikan sebagai "perang" atau "pergolakan" dalaman. Setuju. Tetapi yang jelas, Umno tidak berkongsi pendapat dengan Dr Mahathir berhubung tuduhan terhadap presiden mereka. Yang menarik ialah cara mereka menyatakan pendirian.
Contoh: “Tun (Dr Mahathir) sepatutnya menegur 'in private' - bukan membuat kritikan terbuka. Jumpalah Najib dan bincang," kata beberapa ‘panglima’ Umno.
Kata seorang lagi ‘panglima’:”Cara Najib sesuai dengan zaman ini, era Najib.”
Dan bagi seorang pemimpin tertinggi parti, Najib ‘dengar dan bincang dalam Kabinet sebelum mengambil keputusan dan menggubal dasar’. Najib katanya lagi ‘bukan diktator’.
Mengapa soal ‘diktator’ diketengahkan tidaklah diketahui. Pun begitu bagi golongan yang tidak meminati Umno, parti itu tidak berani menyangkal Dr Mahathir secara terbuka ketika mempertahankan presiden mereka. Sebaliknya memilih untuk 'cakap bunga-bunga '.
Hanya Tun Musa Hitam yang berterus terang menjawab tuduhan Dr Mahathir. Tidak perlu huraian juga kerana semua sudah maklum apa yang Musa kata. Dan tidaklah memeranjatkan. Kerana pada 1980-an ketika memegang jawatan timbalan presiden Umno, Musa mahu orang Melayu mempunyai ‘sikap kurang ajar’.
Yang dimaksudkan ialah cakap berterus terang. Call a spade a spade. Kerana orang Melayu katanya amat suka bercakap ‘bunga-bunga’ dan berlapik. Namun musuh dalam Umno memutarbelitkan kenyataan itu dan menuduh Musa sebagai pemimpin Melayu menganjurkan budaya biadap, sesuatu yang bertentangan dengan budaya Melayu.
Walau apa pun cara Umno menunjukan reaksi terhadap kritikan Dr Mahathir ke atas Najib, bekas presiden Umno itu nampaknya ‘keseorangan’. Tetapi ketika membuat teguran dalam blognya, Dr Mahathir menyatakan pendapat beliau mengenai prestasi Najib ialah juga ‘pendapat ramai yang datang menemui saya’.
Maknanya bolehlah disimpulkan "ramai termasuk orang Umno datang mengadu hal" kepada Dr Mahathir dan ramai yang bersetuju dengan kritikan beliau tetapi tidak secara terbuka.
Persoalan yang kerap diajukan ialah adakah langkah Dr Mahathir akan mendapat "traction?" Baru-baru ini seperti yang kita tahu, lebih 100 ketua bahagian Umno dikumpulkan untuk satu majlis khas bersama Najib. Adakah perhimpunan itu bagi menunjukkan kesetiaan terhadap presiden parti dan menyatakan sokongan?
"Lebih kurang macam itulah," kata sumber dalaman Umno.
Bagaimanapun, katanya, Najib tidak sentuh pun isu yang dibangkit Tun (Dr Mahathir). Cakap benda lain. Patut jawab one by one.
Kini ada pihak dalam Umno yang bertanya mengapa Dr Mahathir buat apa yang beliau buat terhadap Najib. Maka timbul tuduhan dan andaian.
Rasanya ramai sudah dengar apa tuduhan dan andaian itu. Jadi tidak perlu diulangi di sini.
Yang perlu ditanya (oleh Umno) ialah bukan mengapa Dr Mahathir kritik tetapi tanya benar atau tidak apa yang Dr Mahathir kata. Fakta atau fitnah? Dan ambil langkah susulan berdasarkan jawapan yang diperolehi.
Berbalik kepada penangkapan dan pertuduhan mengikut Akta Hasutan yang rancak kini. Bagi PSM itu semua bagi Najib ‘membuktikan’ kepada Dr Mahathir beliau juga ‘garang’, bukan ‘lemah’ seperti yang digambarkan. Bagi orang Umno bukan itu sebabnya. Waullahualam. – 6 September, 2014.
Mohsin Abdullah
5 comments:
ISA perlu dikembalikan...jgn ikut retak pembangkang....
Psy war DAP berjaya?
Psywar DAP berjaya?
Takpayah nk puji Najib lah
Najib punca byk disaste rpelik2 pd MAlaysia
Paling disaster Islam dihina, Sultan di maki caci.. zaman Tun dlu siapa berani?
Zaman Najib babi bernama NameeWee dihampar karpet merah selepas menghina segala2 berkaitan negara..
apakah itu dipanggil 'tindakan Najib sesuai di zaman ini' atau Najib sebenarnya SESUMPAH musuh dalam UMNO.
Org yg mengampu Najib buat kerosakan ini adalah sama dgn pengkhianat negara.
Najib dilambung khayal tak tentu pasal walaupun tiada satu pun track record boleh dibanggakan melainkan BRIMM.. menabu rduit ajar rakyat jd peminta sedekah tanpa motivasi kerja!!
Bodohnya pegampu Najib bkn krn mereka bodoh tp mungkin kerana HABUAN yang sedap di perolehi
Manusia takkan ckp benar bila diuji dgn wang dan kedudukan.
Najib wajib berundur jika beliau berani hapuskan Akta Hasutan!
KEMBALIKAN ISA, KUKUHKAN AKTA HASUTAN dengan MEMASUKKAN ELEMEN PEMELIHARAAN AGAMA ISLAM dan RAJA2 MELAYU!!
Najib Laki Rosmah PM paling lembik dlm sejarah Malaysia!
Totally agree with PASDAPX
Seorang pemimpin bermutu tulen tidak perlu dipuji setinggi langit, sedalam lautan.
Jika Najib lembek inginkan itu, maka dia harus berkecimpong dlm dunia hiburan dan menjadi celebriti.
Pemimpin tulen harus tegas dan BERANI mengambil keputusan untuk kebaikan rakyat seluruh nya, bukan saja pada golongan yang senang mengampu siang malam.
Tun sebenar nya menegur Najib sebab ramai yang minta beliau suarakan kebimbangan rakyat dan juga ahli UMNO sendiri.
Mereka faham yg Najib takkan indah langsung suara rakyat Melayu Bumiputera.
Dia lebih senang dgn puak "progressive", kaum yg berkiblatkan Amerika.
Tun hanya meminjamkan suara beliau supaya Najib sedar dari mimpi "elegant silent" bertema "I love PM".
Post a Comment