Tuesday, June 3, 2014

Rayuan Presiden PKR @drwanazizah


PKR merayu kepada mana-mana pihak supaya tidak menimbulkan kekacauan dan mengganggu perjalanan pemilihan parti itu pada masa akan datang.

Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa, pemilihan di 27 Cabang PKR yang digantung sebelum ini dicetuskan oleh kumpulan samseng yang juga dipercayai ahli parti.



"Berdasarkan siasatan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mendapati secara jelas bahawa kekacauan dalam pemilihan dicetuskan oleh pihak yang dikenal pasti mungkin bukan ahli PKR.

"Berikutan daripada itu tercetusnya beberapa pelanggaran disiplin yang turut sama membabitkan beberapa ahli PKR," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut Wan Azizah menambah, pihaknya memandang serius insiden pelanggaran disiplin itu yang turut menjejaskan pemilihan lalu.

"Semua pihak diingatkan untuk terus mematuhi peraturan sedia ada dan meraikan demokrasi ini dengan sebaiknya," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji banyak pihak yang telah memastikan pemilihan semula parti itu pada 31 Mei dan 1 Jun lalu berjalan lancar dan tanpa gangguan sama.

"PKR juga mengucapkan terima kasih kepada JPP, kerana membuka ruang untuk mendengar kritikan dan komen dari semua peringkat.

Penambahbaikan dalam pemilihan semula itu menunjukkan sikap kebertanggungjawaban yang tinggi dari semua pihak," katanya lagi.

1 comment:

  1. You dah tarbiah SAMSENG...you nak anak didik you bersifat malaikat?

    ReplyDelete