KL CHRONICLE: Apabila Melayu bersuara, @DAPmalaysia Gelabah buat laporan polis

Thursday, May 8, 2014

Apabila Melayu bersuara, @DAPmalaysia Gelabah buat laporan polis


Tindakan DAP membuat laporan polis terhadap Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) kerana mengatakan kaum Cina sebagai penceroboh dianggap sebagai hipokrit kerana kononnya parti itu memperjuangkan kebebasan bersuara, kata Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Presiden Isma itu berkata, DAP merupakan parti chauvinis dan memperjuangkan demokrasi dan hak kebebasan bersuara tetapi hanya untuk kepentingan kelompok mereka sahaja.



"Mereka menggunakan itu untuk mempertikaikan hak Melayu dan Islam.

“Sebaliknya, apabila orang Melayu bersuara mempertahankan hak mereka, mereka membuat laporan polis," kata Abdullah Zaik dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tindakan DAP itu menunjukkan mereka mengamalkan hipokrasi dalam politik dan tidak memihak kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

"Adakah dia fikir laporan polis boleh halang Isma dan NGO Islam lain bersuara," katanya.

DAP semalam membuat laporan polis ekoran kenyataan Abdullah Zaik dalam laman web pada 6 Mei lalu yang menyifatkan kemasukan pendatang Cina ke Tanah Melayu bersama British sebagai satu pencerobohan.

Selain itu, kaum Cina juga dikatakan bersekongkol dengan British untuk menindas dan membuli kaum Melayu.

Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong menggesa polis segera menyiasat Abdullah Zaik mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 298, 298 (a) dan 504 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan perkauman, selain cuba melaga-lagakan kaum Cina dan Melayu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mengesahkan Abdullah Zaik disiasat mengikut Akta Hasutan selepas polis menerima beberapa laporan daripada pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya itu.

Beliau juga memberi amaran akan bertindak kepada mana-mana pihak yang cuba membuat kenyataan yang mengapikan permusuhan.

"Nasihat saya kepada semua adalah berhati-hati dalam membuat kenyataan yang boleh membawa kepada ketegangan kaum dalam negara ini," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden II Isma Abdul Rahman Mat Dali memberi amaran kepada Pengarah Strategi MIC, S Vell Paari agar tidak celupar dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Mengulas kenyataan Vell Paari yang mengumpamakan sebutan 'Isma' sebagai penyakit kelamin dan badut yang tidak menghiburkan, Rahman berkata persamaan itu sangat keterlaluan dan mencabar seluruh masyarakat Melayu Islam.

“Jangan celupar, lebih baik berdiam diri daripada memberi kenyataan yang tidak masuk akal.

“Dia juga tidak perlu masuk campur dalam isu yang tidak mempunyai kaitan dengannya,” tegasnya.

Katanya, kenyataan Vell Paari itu cukup menggambarkan dirinya sendiri yang badut dan berpenyakit.

“Lebih daripada itu, saya katakan dia seperti kurang akal dan bersifat kebudak-budakan,” katanya. 

1 comment:

Asal Bukan DAP (ABDAP) said...

Cisss....polis ambik tindakan pada org melayu yg pertahankan hak bangsa bilamana org minoriti buat laporan polis. tp jika melayu buat laporan polis sampai beratus-ratus laporan polis pun tak jalan-jalan siasatan apa lagi nak pi tahan org masalah seperti tu.,.. Polis ini DOUBLE-STANDARD ka..???

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget