KL CHRONICLE: @NajibRazak dan perkhidmatan awam

Monday, September 9, 2019

@NajibRazak dan perkhidmatan awam


Saya lahir daripada keluarga penjawat awam. Ibu saya seorang guru dan jawatan terakhir ayah saya sebelum bersara (tahun 2001) adalah Timbalan Pengarah. Perkhidmatan awam pada zaman PM ke 4 tidak begitu baik. Ayah saya hanya memandu Perodua Rusa. Ibu saya naik Kancil 660cc paling basic yang tak ada radio.



Apabila Pak Lah menjadi PM ke 5, beliau memilih untuk menaikkan mutu perkhidmatan penjawat awam. Tahun 2007, gaji penjawat awam dinaikkan setinggi 35% sementara elaun sara hidup dinaikkan sekali ganda. Kesannya, kadar rasuah dikalangan penjawat awam bawahan menurun secara mendadak 

Pada zaman DS Najib Razak mewarisi jawatan eksekutif no 1 negara, beliau meneruskan legasi ini. Tetapi dengan fokus khas bagi penjawat awam pangkat rendah yang tertakluk kepada golongan B40. Antaranya:

1. Tahun 2012, gaji penjawat awam dinaikkan setinggi 12%. Pencen minimum dinaikkan dari RM720 kepada RM820 sebulan dan elaun sara hidup dinaikkan RM50 kepada penjawat awam yang bertugas di pinggir bandar.

2. Tahun 2013, kenaikan pangkat secara besar-besaran PDRM dan ATM berdasarkan time-based dan perubahan lapisan gred. Skim Perumahan Penjawat Awam (PP1M) diwujudkan dengan sasaran 200 ribu unit rumah disiapkan menjelang tahun 2020.

3. Tahun 2015, imbuhan tetap perumahan dinaikkan kepada minimum RM300

4. Tahun 2016, gaji minimum dinaikkan daripada RM832 kepada RM1200. Pencen minimum dinaikkan lagi kepada RM950 sebulan.

Prinsip DS Najib ketika itu senang dibaca. Anda mahu perkhidmatan awam memberikan servis terbaik, bayar mereka setara dengan kualiti kerja mereka. Anda mahu perkhidmatan awam memberikan fokus dan tenaga 100%, pastikan kemudahan asas dan pendapatan mereka mencukupi.

Dan insentif yang pelbagai ini dibalas oleh penjawat awam melalui prestasi tinggi badan-badan kerajaan. Anda boleh lihat bagaimana UTC dan RTC diwujudkan - memberikan servis pantas kepada rakyat.

Akhirnya masa rakyat tidak terbuang dan boleh digunakan untuk aktiviti ekonomi yang memberi kesan kepada peningkatan pungutan cukai, kewujudan pekerjaan baru dan kenaikan gaya hidup. 

Bayangkan bagaimana Bank Dunia sendiri mengiktiraf UTC dan RTC sebagai antara model perkhidmatan kerajaan terbaik dunia

Ini kitarannya. Saya tidak tahu sama ada kerajaan baru faham kitaran ini.

Sebab itu dalam 7 tahun pertama pentadbiran beliau, 2.26 juta pekerjaan diwujudkan. Saya tidak tahu berapa juta pekerjaan yang PH dah buat. Mungkin 5 bilion selepas wujudnya Gojek

Malah hebatnya golongan pekerja diMalaysia sehinggakan pada tahun 2017, KWSP diiktiraf oleh State of The Global Islamic Economy sebagai badan yang mempunyai pelan simpanan Islamik paling besar di dunia.

Berapa caruman terkumpul KWSP? RM814.4 bilion pada 2017 berbanding RM341.6b pada 2009.

Hari ini kita terbaca bagaimana seolah olah penjawat awam adalah beban. Seolah olah penjawat awam bergaji terlalu besar. Seolah olah bayaran pencen mereka membazirkan harta negara.

Saya teringat gambar 2 orang jururawat bangga mengibarkan bendera PKR di hadapan Seri Perdana pada malam 9 Mei 2018

Apa khabar mereka agaknya

#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation

----

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

15 comments:

ted manoff said...

BODOSS..

ted manoff said...

Najib PM terbaik..
PM7 paling teruk!!.. itu pasti!!
Rakyat dah muak dgn kera jaan Porn Hubb!!

UNDI PORN HUBB DAPAT πŸ’© + πŸ’¦

Anonymous said...

Tahun ini Bonus- 3 bulan gaji pokok ! Kalau tak jugak...Memang nak lingkup la tu masa PRU 15 nnt...

tunfatimah said...

DS Najib adalah TPM & PM terbaik! Malaysia makmur di bawah beliau. Selepas May 2018 kita makin merudum.

ted manoff said...

SAYA SOKONG KOMEN BERNAS OLEH TUNFATIMAH 5.30 PM ITU. KOMENNYA AMAT JUJUR & TERNYATA BENAR... πŸ‘πŸ‘πŸ‘

tunfatimah said...

Perkhidmatan Awam sebelum Mei 2018 dlm keadaan ceria & nyaman. Tapi bila 🐡jaan PonHab perintah, nampak kusam & makin hilang serinya!

p/s: saya juga sokong komen yg memuji diri saya oleh ted manoff (5.57pm).. ianya membuatkan saya tersipu malu malu.. hihihihi 🀭😁

Anonymous said...

Stop any stranger on the street and ask that person whether he/she believes that Pakatan Harapan is a clean government and that person will spit on the ground…ptui

-RPK-

he he he 🀣🀣🀣🀣

tunfatimah said...

RPK masih menanti kunjungan mesra SPRM atas kebocoran dokumen siasatan terowong bawah laut PPinang? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Anonymous said...

Pm4@7 mempunyai pendirian seperti datuk neneknya dahulu.....manusia di lahirkan mengikut kelas ...... So kalau bapa ki kelas paria ko pun misti jelas Paria juga dan mewarisi apa2 kerja yang bapa ko buat dulu. Islam tidak mempunyai kelas atau kasta, semua manusia adalah sama .... Yang membezakan hanya sesiapa yang lebih bertakwa dialah yang tinggi darjatnya. Takwa beerti mengikut perintah dan meninggalkan larangan seperti menipu berbohong yang telah terbukti benar.

ted manoff said...

Saya sokong komen tunfatimah 8.39AM yg memuji saya kerana memuji dirinya. Negara akan aman kalau kita TAK undi PornHub di PRU15 nanti... ingat!!

UNDI PORNHUB DAPAT πŸ’©πŸ’©πŸ’©

Anonymous said...

kalau dari dulu ko tak kuat mkn taik sudah pasti ko tak BODOSS mcm skrng.

ted manoff said...

saya sokong kenyataan anon 1.47 pm itu... ianya amat telus lagi penuh karisma.. baravo!! πŸ‘ŒπŸ‘

tunfatimah said...

Hanya org bodoh saja percaya dgn najid!

tunfatimah said...

Saya tak setuju dgn komen tunfatimah klon 7.02pm..
Hanya org bodoh saja percaya dgn Atok & para pemimpin ponhab.. kikikiki keh keh 😁😁

tunfatimah said...

200000 akan diberi sijil kewargenaraan kata tok jiddin. Ada yg tidak dpt memenuhi syarat2 drp segi perlembagaan tetapi telah tinggal lama( setinggan atau PATI) di negara ini, mereka layak jadi warganegara???? πŸ€”πŸ€”πŸ€”

Kalau mcm ni perlukah di ubah perlembagaan negara utk memberikan lebih ramai PATI jadi warganegara Malaysia? πŸ€”πŸ€”πŸ€”

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget