KL CHRONICLE: Isham Jalil : Mana Zuraida Kamaruddin belajar mengenai ekonomi?

Thursday, September 19, 2019

Isham Jalil : Mana Zuraida Kamaruddin belajar mengenai ekonomi?


Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Tun Razak mengkritik kaedah diperkenalkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hendak memulihkan ekonomi negara dengan menjual rumah kepada rakyat asing.

Isham Jalil berkata, beliau tidak tahu dimana Menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin belajar mengenai ekonomi apabila menyatakan dasar dan kempen kerajaan menjual rumah kepada kepada warga China dan Hong Kong akan membantu memulihkan ekonomi negara. “Jual rumah bukan macam jual buah, YB. Hal jual rumah ini bukan boleh kita buat asal boleh habiskan stok sahaja, kerana tanah adalah terhad,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.



Beliau menjelaskan, terdapat dua kesan utama dasar Menteri berkenaan, iaitu pertama, apabila kerajaan berkempen dan membuka untuk menjual rumah kos sederhana dan tinggi kepada warga asing, ini akan meningkatkan harga rumah di Malaysia untuk penduduk tempatan.

Katanya, rumah sedia ada pun sudah mahal dan tidak mampu untuk dibeli oleh rakyat tempatan sebab itu banyak tidak terjual. “Dengan dasar baharu Zuraida ini, harga rumah baru yang dibina akan menjadi lebih mahal sebab pemaju tahu jika mereka tidak boleh jual kepada rakyat tempatan, kerajaan akan benarkan pemaju jual kepada rakyat asing yang lebih berkemampuan. “Warga asing membeli rumah diluar negara seperti Malaysia tentunya orang kaya, dan dengan nilai ringgit yang rendah sekarang serta tukaran mata wang asing menyebelahi mereka, tentu mereka lebih mampu membeli, lantas menaikkan lagi harga rumah disini. “Apabila harga rumah naik, harga premis perniagaan juga akan turut naik. Sebab premis perniagaan ini dibina pemaju sama sekitar kawasan perumahan yang dimajukan oleh mereka,” katanya.

Oleh itu, menurut Isham, harga premis perniagaan akan mengikut harga rumah yang ditentukan oleh mereka.

Kata beliau, apabila harga premis perniagaan naik, harga barang juga akan turut naik dan menambahkan lagi beban kos sara hidup rakyat.

Kedua, jelas Isham, dasar Menteri itu akan menggalakkan lagi pemaju membina perumahan kos tinggi atau sederhana tinggi, namun tidak mempedulikan perumahan kos rendah untuk rakyat.

4 comments:

Wan agyl said...

Pala baPak ko

Anonymous said...

Sepatutnya...Menteri Perumahan Malaysia kena jaga & pastikan semua rakyat Malaysia & dia Menteri Melayu...dahulukan rakyat Malaysia & bangsa dia dulu yg X berumah tu...Bukan Cina2 HongKong tu !!! Apaaa raaa..!!!

Anonymous said...

DUN PAYA JARAS, SELANGOR

Parti Undi
PKR 20376
BN 8304
Pas 6042

PADAN MUKA AKU,
RUMAH AKU SUDAH DIRUBUHKAN

tunfatimah said...

Mmg padan muka kau,yg kau undi pas buat apa bodoh!bangang punya org.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget