KL CHRONICLE: Lagi masalah dengan KTM Komuter, Netizen naik berang dengan pengurusan KTMB #TukarCEO #BubarRUM #MajulahKTMB

Monday, August 12, 2019

Lagi masalah dengan KTM Komuter, Netizen naik berang dengan pengurusan KTMB #TukarCEO #BubarRUM #MajulahKTMB

CEO KTMB Rani Hisham
Baru - baru ini kami telah menerbitkan sebuah artikel [1] yang menceritakan tentang kelemahan sistem pengurusan serta perkhidmatan KTM Komuter yang tidak memberangsangkan. Kelemahan perkhidmatan KTM Komuter ini membawa banyak masalah kepada rakyat, terutamanya rakyat di kawasan Lembah Klang yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dalam aktiviti harian mereka, terutamanya untuk keluar mencari rezeki. 

Lagi masalah KTM Komuter & perkhidmatan ETS. Bila KTM Berhad mahu perbaiki perkidmatan mereka?

Malangnya, selepas artikel kami dikeluarkan, KTMB telah mengeluarkan satu kenyataan media memohon maaf sekali lagi apabila perkhidmatan KTM Komuter dan ETS mereka mengalami kelewatan ekoran kerja - kerja baik pulih sistem bekalan elektrik berhampiran Stesen Rawang. Persoalan sekarang, mengapa kerja - kerja baik pulih sistem ini tidak dirancang (planned activity) dan diadakan pada waktu - waktu kurang puncak (Non - Peak Hours?)

Kami yakin pihak KTMB akan mengatakan bahawa aktiviti ini merupakan sesuatu perkara yang tidak dirancang (unplanned). Namun, mana - mana syarikat yang besar tahu bahawa untuk memastikan operasi berada pada kadar optimun, penyelenggaraan atau maintenance harus dilakukan mengikut jadual. Malah, sebuah syarikat seperti KTMB sepatutnya mempunyai "planned periodic inspection & maintenance campaign". 

Adakah budaya  seperti ini wujud dalam KTMB?


Akibat sikap incompetent KTMB ini, di Twitter boleh dilihat pengguna - pengguna KTM melahirkan rasa kecewa dan hampa mereka kerana perkhidmatan KTMB yang tidak memberangsangkan. Bagi kami, pihak pengurusan KTMB wajar bertanggungjawab atas sikap incompetent mereka dan meletakkan jawatan. Ini bukan kali pertama KTM mempunyai masalah operasi malah hampir setiap bulan ada sahaja masalah operasi melibatkan KTM Komuter dan ETS. Apa pendapat pembaca?

Kami berharap kerajaan Malaysia Baru dibawah Pakatan Harapan mengambil tindakan tegas terhadap  CEO KTMB Mohd Rani Hisham Samsudin. Sudah lah prestasi kewangan KTMB buruk (rugi), perkhidmatan KTMB juga semakin teruk sehingga menyusahkan rakyat Lembah Klang. 


Malah bukan sahaja CEO KTMB wajar dipecat, kami juga berpendapat Railwaymen Union Malaysia (RUM) sebagai "Union" kakitangan KTMB juga GAGAL memainkan peranan mereka dengan efektif. RUM dilihat lebih sibuk bermain politik dari mendesak pihak pengurusan KTMB memainkan peranan memperbaiki perkhidmatan operasi tren kepada rakyat.

Rujukan:

5 comments:

ted manoff said...

PrOoTt💨💨...arghhhhh leganya..💦💥💢

Anonymous said...

anus 8.06 am

Sudah2 le guna nama Ted. Dah kantoi pun, kau tu klon! Mahacai PornHub.. kikikiki

PrOoTt💨💨 di muka ted klon

ted manoff said...

Siapa klon?..rasanya saudara slh org..memjawab persoalan saudara dipost bawah tadi berkenaan akaun google yg diguna oleh seseorang yg guna nama sama dgn ted manoff..sebenarnya dia yg klon dahulu nama ted nii..aku pernah nmpk dia guna nama ted manaff tapi diubah jadi ted manoff..ted manoff aku dh guna lama jadi xde bukti aku klon nama org..tlg jgn buat fitna lagii..🙂😑😶🤐

Anonymous said...

apa gaduh-gaduh? ted yg komen di sini memang klon... ted yg ori tu penyokong tegar BN UMNO

tunfatimah said...

Guan Eng akan bawa isu khat ke parlimen pula? Hari tu sarankan org utk move on setelah kabinet buat keputusan khat jadi sabjek elektif.

Jgn nak tunjuk keras kepala sgt lah.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget