KL CHRONICLE: Apa status siasatan terhadap CEO KTMB ?

Thursday, August 29, 2019

Apa status siasatan terhadap CEO KTMB ?


Pada 22 Oktober 2019 yang lalu, kami telah mengeluarkan satu artikel bertanyakan status siasatan terhadap CEO KTMB Mohd Rani Hisham Samsudin yang didakwa terlibat dalam kes salah guna kuasa. Namun malangnya, sehingga hari ini nampaknya perkara ini senyap tanpa sebarang berita. Adakah pihak - pihak yang berwajib cuba melindungi Mohd Rani dan mereka yang bersubahat dalam kes ini?

Rujukan: 




Untuk pengetahuan pembaca, Kementerian Kewangan telah menerima sepucuk surat layang yang mendedahkan salah guna kuasa Mohd Rani didalam KTMB. Maklumat surat layang tersebut telah diterbitkan oleh akhbar pro - kerajaan iaitu The Edge. Di dalam artikel The Edge tersebut, ia dengan jelas menyatakan bahawa pihak Kementerian Kewangan telah meminta supaya akaun KTMB diaudit dan Badan Pengarah (Board of Directors) mengesahkan kandungan surat layang tersebut. Memetik kenyataan akhbar The Edge:
A person with knowledge of the matter tells The Edge that the decision to not extend Mohd Rani Hisham’s contract came in the wake of a “surat layang” or poison pen letter sent to the MoF, accusing him of wrongdoing.
“MoF had requested KTMB’s board of directors to verify the veracity of the letter’s contents,” the person says.
According to another source, an internal audit was held to investigate the allegations
Rujukan:


Persoalanya sekarang, adakah Kementerian Kewangan telah mengambil segala langkah - langkah seperti mengaudit dan menggantung tugas CEO KTMB? Tindakan Kementerian Kewangan adalah amat penting sekali kerana KTMB adalah syarikat milik rakyat dan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga hak - hak rakyat. Setiap kali terdapat ketirisan didalam KTMB, bermakna wang rakyat yang dicuri dan akhirnya yang rugi adalah rakyat.

Persoalanya sekarang, bila Kementerian Kewangan dan Lim Guan Eng mahu bertindak keatas KTMB dan CEO mereka?


Selain itu, kami juga mendesak tindakan diambil keatas Presiden RUM Abdul Razak Md Hassan. Sebagai Presiden Kesatuan pekerja, beliau sepatutnya bangkit mempertahankan KTMB dari salahguna kuasa oleh mereka yang berkepentingan, namun kenapa presiden RUM ini senyap?Razak jangan hanya jadi gah di Facebook tetapi bila berdepan dengan CEO KTMB, beliau menikus macam seekor tikus yang ketakutan. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget