KL CHRONICLE: Najib Razak : Lim Guan Eng lain kali jangan ponteng sidang dewan rakyat

Sunday, November 4, 2018

Najib Razak : Lim Guan Eng lain kali jangan ponteng sidang dewan rakyat


Semalam, Lim Guan Eng memberi alasan bahawa kerajaan tidak boleh mendedahkan perjanjian penyelesaian antara syarikat Abu Dhabi, IPIC dan 1MDB kerana jika berbuat demikian akan menjadi subjudis kerana saya telah didakwa mengenainya, dua minggu dahulu.


Saya telah beberapa kali meminta kerajaan untuk mendedahkan kedua-dua perjanjian penyelesaian tahun 2015 dan tahun 2017 jika benar-benar mahu menegakkan keadilan kepada saya dan rakyat tetapi tidak disambut.

Guan Eng tuduh bahawa saya hanya bercakap tentang perkara ini selepas saya didakwa.

Ini tidak benar. Saya juga pernah menyeru mereka berbuat demikian di dalam perbahasan saya di Dewan Rakat sebelum saya didakwa untuk kes IPIC tetapi ketika itu, Guan Eng ponteng dari Dewan.



Dia juga memberi alasan bahawa dia dia tidak boleh bercakap tentang IPIC sekarang kerana ia kes di mahkamah tetapi rekod menunjukkan dia terus bercakap tentang kes ini termasuk di dalam ucapan belanjawan 2019 beliau. Ini termasuk bapanya yang terus melontar tuduhan mengenai kes IPIC dengan 1MDB.

Guan Eng juga bertanya mengapa saya tidak mendedahkan ataupun mengulas mengenai penyelesaian ini pada masa lalu.

Ini kerana bukan mudah untuk membuat dakwaan ketika anda menjawat jawatan Perdana Menteri apatah lagi ia melibatkan kerajaan negara asing.

Saya berpendirian bahawa kerajaan tidak seharusnya dengan mudah untuk mencetuskan pergaduhan dengan negara lain dan saya lebih memilih untuk mencari jalan penyelesaian secara baik dan tanpa kekecohan.

Seperti saya pernah menjelaskan, jika anda lihat kepada aliran wang, setiap satu pindahan wang 1MDB yang dikatakan hilang, selepas ia diterima atau dijamin syarikat pelaburan Abu Dhabi. Beberapa pegawai kanan syarikat itu turut didapati menerima secara langsung dan menggunakan dana berkenaan atau terlibat dalam penipuan.

Ia sentiasa menjadi objektif saya untuk mendapatkan kembali setiap sen wang 1MDB dan tiada wang hilang. Oleh itu, kerajaan dulu pernah membuat dua perjanjian penyelesaian dalam tahun 2015 dan 2017 bagi mencapai matlamat ini.

Saya nampak kerajaan tidak mahu mendedahkan dokumen ini kerana ia akan menunjukkan ada klausa menyatakan IPIC perlu membayar semula wang yang dikatakan hilang dari 1MDB sebelum 31 Disember 2020.

Mereka tidak mahu rakyat tahu tentang hal sebenar 1MDB dan usaha kita untuk menyelesaikan masalah ini untuk mendapat balik wang 1MDB. Mereka mahu gunakannya untuk terus memburukkan nama saya.

Saya ingin pulangkan soalan kepada Guan Eng: Mengapa kerajaan PH tidak mahu meneruskan usaha dengan IPIC untuk memenuhi klausa perjanjian bagi mendapatkan balik wang dari IPIC sebelum 31 Disember 2020?

Adakah usaha untuk mendakwa saya lebih penting dari mendapatkan semula wang 1MDB dan menjaga hubungan negara dengan kerajaan Abu Dhabi?

Link di sini ialah untuk penjelasan lebih mendalam yang juga saya buat sebelum saya didakwa, di mana saya juga memanggil kerajaan untuk mendedahkan dokumen penyelesaian, bercanggah dengan alasan diberi Guan Eng:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155666710855952

8 comments:

Perrghhhhh HANCING3.........tepuk,tepuk said...

Senang cakap ker jaan PH nobita ni mmg cibaiii...

Fullstop...PENIPU BESOR

Khairulryezal osman said...

Gila

Anonymous said...

madey bapak pelingkup negara kata mat sabun...

Anonymous said...

Madey mahaperompak besar tu yg wajib ditangkap disoal siasat 78jam tanpa hentia biar semput tergolek dlm bilik SPeRM.
Mahapencuri sebenar yang tak didendangkan..kemudia tngkp nobita gone end cinebabi

Anonymous said...

Ko yg gile babi jeelat mahapundek oiii

Anonymous said...

Doa jer InsyaAllah...doa rakyat yng tertipu dan dianiaya mcm DS Najib..Allah tunaikan

Anonymous said...

BR1M : BANTUAN RASUAH 1 MALAYSIA Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional terdahulu perlu dihentikan kerana ia mempunyai unsur rasuah untuk mendapatkan sokongan rakyat, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Bagaimanapun kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang merangka inisiatif baharu yang meletakkan fokus untuk mensejahterakan rakyat bukan menyogok atau memperbodohkan rakyat, katanya. “Melalui Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan kewangan kita pastinya akan memberikan pandangan dan membentangkan inisiatif baharu dalam hala tuju ekonomi negara di Parlimen dalam masa yang terdekat. “Kalau fokus ini untuk daya rakyat, saya percaya rakyat akan mempunyai kuasa ekonomi yang lebih dalam membantu meringankan kos sara hidup masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tertinggi Cabang (MATC) 2018 negeri Perak hari ini. Memetik sebuah portal berita dalam talian semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbirannya berhasrat mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.




KERAJAAN BARUA 1 MALAYSIA....NAK TANYA SEKARANG NI BSH TU APA PULAK ???

..........BERSIH SUCI........

Anonymous said...

BANTUAN PENEROKA PETANI TIADA
MASLAN ALIMAN HANAT KAT MANA..?
PENEROKA KO HASUT SKG HILANG PULA
MINTRI PERTANIAN LANSUNG X BERSUARA

ATOK HANAT JANGAN HARAP SANGAT
MASIH NGILU TOPDOG CLAMPING DI TELO
ATOK BELA KRONI ANAK CUCU LAHANAT
YOP ORE KG GARU TELO SAMPE CALOR CALOR

KIKIKIKI..


KIKIKIK.... MAMPOS ORANG KAMPUNG..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget