KL CHRONICLE: Menteri "tegur" Timbalan Menteri kerana tidak tahu perkembangan terkini projek di Kepong

Wednesday, August 22, 2018

Menteri "tegur" Timbalan Menteri kerana tidak tahu perkembangan terkini projek di Kepong


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata pembinaan projek insinerator Kepong digantung tetapi timbalannya, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad tidak mengetahui perkembangan terbaharu.

Zuraida berkata kementerian sudah memutuskan pembinaan pembakar sampah itu digantung bagi memberi peluang kepada kerajaan mencari alternatif mesra alam.



Sebelum ini Raja Kamarul menerusi jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng minggu lepas berkata projek tersebut diteruskan.

“Dia tidak sempat untuk mengetahui perkembangan terbaru daripada taklimat berkenaan isu ini,” kata Zuraida, dan menambah taklimat itu diadakan sehari sebelum sesi Parlimen.

Beliau berkata 3 insinerator lain, iaitu di Cameron Highlands, Tioman dan Langkawi diteruskan kerana ia sudah dipasang dan beroperasi.

Pembinaan insinerator di Kepong mengundang bantahan daripada aktivis alam sekitar yang mendesak projek itu dihentikan demi keselamatan dan kesihatan penduduk sekitar.

Dalam jawapan bertulis 16 Ogos lepas, kementerian berkata keputusan meneruskan projek itu atas sebab ia akan mengurangkan kebergantungan kepada tanah timbus di Bukit Tagar.

Kumpulan penduduk, Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator, menyerahkan memorandum kepada menteri membantah pembinaan insinerator di Taman Beringin, Kepong sehari sebelum itu.

Projek insinerator itu dihidupkan semula pada 2017 selepas proses tender sebelum itu dibatalkan pada 2015.

3 comments:

Anonymous said...

Dah kalau tak nak incinerator tu sampah korang nak buang kat mana? Korang nak sampah tu diproses kat kg kg, estate estate je? Banyak cantik. Vuat sampah pandai pas tu campak kat kawasan org. Bullshit

Unknown said...

Campak langkawi.. Tu ok.. 😬
Ya.. Penduduk bandar kena tanggung punca diaorg sendiri..

Anonymous said...

Orang Bandar (yg paling ramai kaum China @penyokong DAP tegar)pentingkan diri shj. Pandai buat sampah sepatutnya pandailah atasi masalah itu. Tapi sebaliknya "balingkan" kpd penduduk luar bandar..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget