KL CHRONICLE: @VellPaari : Kenyataan Mokhzani tentang penerima BR1M bersifat angkuh #GE14 #PRU14 #kltu #jbtu

Saturday, May 5, 2018

@VellPaari : Kenyataan Mokhzani tentang penerima BR1M bersifat angkuh #GE14 #PRU14 #kltu #jbtu


Bendahari agung MIC Datuk Seri S. Vell Paari menyifatkan kenyataan Tan Sri Mokhzani Mahathir tentang penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai tidak bertanggungjawab dan bersifat angkuh.

Dalam kenyataan di sini pada Jumaat, beliau menggesa anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu supaya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang menerima BR1M kerana mereka tidak berhak untuk dihina dan dipandang rendah.



"Mereka terdiri daripada lelaki dan wanita yang bekerja dengan jujur dan memerlukan bantuan yang disediakan kerajaan," katanya.

Pada kempen Pakatan Harapan di Kedah malam tadi, Mokhzani dilaporkan berkata menerima BR1M bukanlah sesuatu yang membanggakan dan walaupun kerajaan gembira kerana ia membantu rakyat dengan memberi bantuan itu, rakyat lupa bahawa mereka menerima wang itu kerana mereka tidak mampu menyara diri sendiri.

"Saya ingin mengingatkan Mokhzani supaya berhentilah daripada memandang rendah terhadap mereka yang menerima BR1M. Bukan semua orang di Malaysia adalah anak perdana menteri selama 22 tahun, yang kini menjadi jutawan terbilang," kata Vell Paari.

Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pemberian BR1M kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) telah memberi kesan pengganda kepada ekonomi negara dengan merangsang perbelanjaan terutama daripada golongan tersebut,

Beliau berkata BR1M membantu golongan B40 untuk menampung sedikit sebanyak perbelanjaan mereka.

"Orang kaya memang tak akan faham konsep ini. Orang kaya menganggap BR1M tidak mempunyai nilai tetapi bagi mereka yang berpendapatan rendah, RM1,200 yang kita berikan adalah sangat bermakna," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi 'Ngeteh bersama Datuk Jo" di sini pada Jumaat.

Beliau berkata dari segi ekonomi, pemberian BR1M memberi kesan pengganda dari segi perbelanjaan pengguna.

"Apabila mereka berbelanja, pekedai runcit akan mendapat peningkatan dari segi pembelian. Perbelanjaan pengguna akan terus posirif di sebalik ketidaktentuan dalam dunia," kata Johari, calon Barisan Nasional bagi Parlimen Titiwangsa, pada pilihan raya umum ke-14, 9 Mei ini.

1 comment:

Anonymous said...

Dgn adanya BRIM dapat juga puluhan ribu org2 asli dipendalaman merasa duit kerajaan. Kalau dulu kek ekonomi ni khabarnya direbut oleh org2 tertentu saja, benarkah? Syabas Najib dengan pemberian BRIM. Kalau boleh naikkan kpd RM2400, kalau dibahagi 12 dapat RM200 sebulan, angka ni nampak lebih kemas dan mantap. Kalau ada org2 kaya yg merasa diri hebat sangat nak hina BRIM hinalah. Org terkaya dunia Bill Gates pun punya adab, tak pernah menghina mereka yg miskin...

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget