KL CHRONICLE: Penganalisis Politik Khoo Kay Peng hairan tindakan Perdana Menteri

Sunday, May 20, 2018

Penganalisis Politik Khoo Kay Peng hairan tindakan Perdana Menteri



Penganalisis politik, Khoo Kay Peng hairan kenapa beberapa pemimpin veteran tidak dipilih menyertai Kabinet pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia termasuk penasihat DAP, Lim Kit Siang.


Khoo bagaimanapun yakin beberapa nama besar akan dipilih untuk mengisi banyak jawatan yang belum diumumkan.

“Orang seperti Tony Pua mungkin ditampilkan sama ada dalam baki jawatan menteri atau sekurang-kurangnya sebagai timbalan menteri,” katanya kepada FMT.

Beliau turut mempersoalkan keputusan Dr Mahathir menamakan Datuk Seri Azmin Ali sebagai menteri hal ehwal ekonomi sedangkan beliau sudah dilantik sebagai menteri besar Selangor.

Katanya, ia adalah kementerian berbeza yang bukan lagi memfokuskan ekonomi tradisional.

“Ini berbeza daripada jawatan menteri kewangan yang merangkumi perbendaharaan, bank pusat dan Suruhanjaya Sekuriti. Beliau akan menjadi akauntan Kabinet.

“Ada ekonomi baru, ekonomi digital, industri 4.0 dan banyak lagi. Skopnya semakin besar dan industri itu lebih banyak lapisan.

“Kedudukan Malaysia sama dengan ekonomi semakin berkembang seperti Myanmar, Vietnam, Thailand dan Indonesia, banyak perkara yang perlu dilakukan.”

Semalam, Azmin dilaporkan belum memutuskan jika mahu menerima pelantikan sebagai menteri persekutuan dan beliau akan membuat pengumuman rasmi selepas menghadap Sultan Selangor.

Sehingga Jumaat lalu, 15 jawatan dalam Kabinet sudah dinamakan termasuk ahli Parlimen baru, Rina Harun memegang portfolio pembangunan luar bandar dan Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan, setelah Dr Mahathir melepaskan portfolio itu kerana kritikan beberapa pihak.

Khoo berkata, tugas besar menanti mereka yang pertama kali dipilih sebagai ahli Parlimen dan menyertai Kabinet persekutuan pimpinan Dr Mahathir.

“Beberapa orang daripada mereka ialah menteri dan ahli Parlimen kali pertama. Menteri Kabinet datang dengan pelbagai kemahiran dan dalam dunia hari ini, anda juga perlu menjadi seorang teknokrat kerana tugas meliputi pelbagai aspek.

“Melihat kepada halangan dan kehendak Pakatan Harapan (PH), ini adalah Kabinet terbaik yang mereka boleh bentuk.”

Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian tidak terkejut dengan pelantikan Azmin sebagai menteri hal ehwal ekonomi kerana beliau mempunyai pengalaman sebagai menteri besar Selangor, manakala Maszlee walaupun tiada pengalaman dalam kerajaan, tetapi beliau mempunyai kelayakan.

“Dengan cara ini, mereka mungkin sesuai dengan pasukan yang diketuai Dr Mahathir. Kabinet ini kelihatan seperti sebuah pasukan yang akan melaksanakan idea dan visi Dr Mahathir.”

Ibrahim menyifatkan pemilihan Maszlee menarik kerana beliau ialah penyokong suara kebebasan akademik dan kesederhanaan dalam wacana Islam.

“Memandangkan cabaran-cabaran yang muncul di negara ini, dia nampaknya membawa perspektif baru kepada kerajaan.”

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/20/penganalisis-kenapa-veteran-seperti-kit-siang-tiada-dalam-kabinet-dr-m/

3 comments:

Anonymous said...

kenapa siti kassim liberalist sikkng murtad lgbt gay membantah mazlee sebagai menteri pelajaran.?

Anonymous said...

Sejak bila pula macai umno minat dan setuju dengan siti kassim. .

Unknown said...

Sbb mazlee is org yg alim..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget