KL CHRONICLE: Malaysia Muflis kerana hutang RM 800 Billion? Mari baca fakta sebenar disini #kltu #jbtu

Sunday, May 13, 2018

Malaysia Muflis kerana hutang RM 800 Billion? Mari baca fakta sebenar disini #kltu #jbtu


MALAYSIA MUFLIS : HUTANG RM800 BILION ?

Sana-sini orang bercakap yang Malaysia akan muflis kerana hutang negara mencecah lebih daripada RM800 bilion.

Ia satu persoalan yang sungguh sensasi. Dijaja oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Tetapi mereka yang bercakap begitu sedarkah apa yang dicakapkan ?

Sebenarnya hutang negara berkait rapat dengan pengeluaran dalam negara. Secara amnya kita mengukur pengeluaran dengan indek atau peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).



Jika kita nak membuat perbandingan hutang sesebuah negara itu, biasanya kita tenguk KDNK sesebuah negara. Selalunya nisbah hutang berbanding KDNK yang tinggi, ia membawa makna sesebuah negara itu mempunyai risiko untuk muflis.

Namun demikian, indikator ini bukanlah mutlak. Kerana hutang negara juga dipantau dengan “rating” oleh agensi penarafan antarabangsa seperti Moody’s, Standard & Poor dan Fitch.

Kedudukan kewangan yang mana melibatkan pendapatan dan keupayaan membayar hutang akan diberikan penarafan A, B, dan C atau kombinasi antaranya.

Apakah rating yang diberikan oleh ketiga-tiga agensi penarafan bagi Malaysia ?
Standard & Poor : A-
Moody’s : A3
Fitch : A-

Indonesia :
Standard & Poor : BB+
Moody’s : Baa3
Fitch : BBB-

Singapura :
Standard & Poor : AAA
Moody’s : Aaa
Fitch : AAA

Thailand :
Standard & Poor : BBB+
Moody’s : Baa1
Fitch : BBB

Manakala negara yang pernah muflis, Greece :
Standard & Poor : B-
Moody’s : C
Fitch : CCC

Antara empat negara ASEAN, Singapura mempunyai rating yang terbaik. Kemudian diikuti oleh Malaysia.

Maka, apakah jika perbandingan hutang negara Vs KDNK yang tinggi tetapi rating yang baik akan turut muflis ?

Kita lihat contoh Singapura dan Malaysia.

Hutang negara Singapura ialah 112% berbanding KDNK, namun rating yang diberikan oleh agensi penarafan antarabangsa semuanya AAA. Ini bermakna, walaupun negara itu berhutang yang amat tinggi tetapi ia MAMPU utk membayar hutangnya.

Bagi Malaysia pula, hutang negara adalah sekitar 50.9% (mengecil daripada 53.2% sebelumnya) berbanding KDNK. Rating utk Malaysia juga adalah yang kedua terbaik di kalangan empat negara itu.

Bagaimana pula bagi Jepun, kerana hutang negara ialah 250% berbanding KDNK. Maka apakah Jepun akan lebih cepat MUFLIS daripada Malaysia ? Sudah tentunya tidak.

Keadaan di Greece dahulu yang menjadi muflis ialah kerana perbelanjaan melebihi pendapatan dan sudah tentu gagal membuat bayaran terhadap pinjamannya. Kemudiannya Greece juga tidak mendapat pinjaman kewangan dari bank-bank negara-negara blok Kesatuan Eropah (EU) kerana rating yang rendah. Akhirnya Greece menuju kemuflisan.

Tahukah kita berapa hutang negara Singapura dan Malaysia ?

Hutang luar Singapura ialah US$1.766 trillion. Baca betul-betul, bukan billion, tetapi trillion. Malah dalam matawang USD pula.

Hutang luar Malaysia ialah RM883.4 bilion seperti yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk tahun 2017.

Cuba kita kira sendiri, berapa nisbah antara hutang luar Singapura berbanding hutang luar Malaysia. Nampak sangat hutang luar Malaysia terlalu kecil.

Mengapa Singapura mempunyai hutang luar yang banyak dan sedangkan ia adalah sebuah negara yang kecil ?

Sebenarnya ia tidak banyak menggunakan hutang luar itu untuk pembangunan fizikal dalam negara. Hutang luar Singapura adalah berbentuk pasaran modal kerana ia adalah sebuah negara yang mengamalkan, “dengan hutang buat hutang akhirnya dapat untung”.

Secara tipikalnya, model perniagaan Singapura ini turut ditiru oleh 1MDB. Sebab itulah 1MDB bermula dengan modal berbayar RM1 juta sahaja tetapi boleh mengumpul hutang yang banyak dan akhirnya kini asetnya melebihi liabilitinya.

Apakah model perniagaan Singapura dan 1MDB ini dikatakan “smart” ?

Jadi hutang luar sesebuah negara tidak boleh dilihat daripada “angka” sahaja, tetapi harus melihat kepada “model” perniagaannya.

Jika kita membaca laporan kewangan negara sebelum dan selepas tahun 2014, kita akan dapati angka-angka yang amat menakjupkan.

Sebelum tahun 2014, tafsiran hutang negara adalah berbeza. Kemudian Bank Dunia mengarahkan pelaporan hutang negara bagi semua negara di dunia diubah format tafsirannya.

Maka selepas tahun 2014, hutang negara adalah meliputi hutang kerajaan + hutang swasta + hutang syarikat awam + hutang individu / hutang isi rumah.

Sebab itulah angka-angka hutang kerajaan selepas tahun 2014 dilihat menambah tiga kali ganda daripada sebelumnya.

Sebagai contoh, hutang luar negara di tahun 2013 ialah RM196 bilion. Jika digunakan format pelaporan yang disyorkan oleh Bank Dunia, jumlah hutang luar negara ialah RM696.6 bilion.

Sebab itulah apabila kita membandingkan hutang luar semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir dahulu, kita dapati hutang luar adalah kecil.

Tetapi semasa pentadbiran Datuk Seri Najib pula, hutang luar negara “amat tinggi”. Ini disebabkan oleh “format pelaporan” yang berbeza. Bukannya disebabkan oleh pentadbiran DS Najib sengaja membuat hutang yang banyak sangat.

Saya ambil contoh pecahan hutang luar negara dalam tahun 2015, iaitu setelah menggunakan format pelaporan terbaru yang disyorkan oleh Bank Dunia.

Pada bulan Mac, 2015 hutang luar negara ialah RM744.7 bilion. Data-data di bawah ini adalah dikeluarkan oleh pihak berwajib.

Pecahannya adalah seperti berikut :

42% hutang warga asing,
37% hutang sektor swasta,
10% hutang awam, 
9% hutang kredit pelaburan dan jaminan
2% hutang kerajaan.

Hutang kerajaan yang 2% itu mewakili RM16.8 bilion sahaja.

Walaupun kita tidak memperolehi pecahan bagi hutang untuk tahun 2016 – 2017, namun ia tentunya tidak lari daripada format yang begitu.

Maka jika hutang negara berjumlah RM883.4 bilion utk tahun 2017, berapakah agaknya hutang sebenar kerajaan ?

Kalau dikatakan 3%, maka hutang kerajaan ialah RM26.5 bilion.

Jika 4% pun, hutang sebenar kerajaan ialah RM35.3 bilion.

Satu fenomena yang digusarkan di Malaysia ialah pertambahan hutang individu atau hutang isi rumah. Kerana ia juga merupakan hutang negara. Jangan kita fikirkan yang hutang kita kepada bank untuk membeli rumah, kereta dan pelbagai aset itu tidak dikatakan hutang negara.

Kerana ada segelintir daripada kita yang marahkan hutang negara yang tinggi tetapi tetap membuat pinjaman yang besar untuk membeli aset. Sebenarnya kita adalah penyumbang kepada kenaikan hutang negara.

Namun kalau kita tidak berhutang, manakan kita dapat memiliki rumah atau kereta ? Betul tak begitu ?

Sama juga bagi negara, jika tidak berhutang, manakan dapat dilaksanakan pelbagai projek pembangunan utk rakyat.

Oleh itu berhutang adalah PERLU mengikut kemampuan untuk membayar hutang.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, adakah anda berfikiran yang Malaysia akan muflis ?

Ditulis oleh :

Hisemudin Kasim
8.00 pm, 13/5/2018
BSP, Selangor.

Sumber : https://www.facebook.com/hisemudin/posts/1716214695114278

14 comments:

Anonymous said...

B40 yg sokong PH faham ke bende2 ni semua, yg mereka tahu GST/SST dihapuskan! He..he..

Lalina said...

Itula..semua acah2 bijak ekonomi..sedangkan dalam al quran sudah tercatat serahkan pada ahlinya..

Anonymous said...

Jambatan bengkok bila lagi mau buat laaa....dah lama dah...

negara dah bangkrap ka belom....?

hebat sungguh kelulusan menteri pertahanan yg baru... melekat kat muka

jijah jam omega mana... dah jumpa ke belum.

minyak bila mau turun... tol bila mau hapus... harga barang bila mau turun.

Anonymous said...

Simpan resit gst. Nnt kita klim kt kerajaan. Efektif start 10 mei 2018

Anonymous said...

Bila rakyat tengok poster PH Hapuskan GST, rakyat bersorak, rupa2nya lepas undi baru tahu dah kena tipu! Tiada GST tapi ada SST... 2*5, nasi dah jadi bubur? Jgnlah jadi penipu!!!!!!

Anonymous said...

Kini sang penipu sudah diangkat menjadi wakil rakyat...

Anonymous said...

mana pergi otai otai reformasi sudah dapat harta rampasan perang atau sudah dilupakan...?

PHOENIX BANGKIT said...

Mereka ni semua pakar ekonomi..... pandang sebelah mata pun tahu gst tu menyusahkan.... bekas kawan2 sekolej penulis lah teman maksudkan... merwka ni pakar segala2nya

Anonymous said...

aku tunggu je waktu semua muka pencacai PH jadi hijau..senyum kelat..melopong ...hilang akal...bila tahu kerajaan yg mereka sokong kata tak mampu penuhi janji manifesto....

Anonymous said...

Ini bukan kerajaan rule of the law, tapi kera rule the law.

Anonymous said...

Skeg pn dh hijau muja2 diorg...aku pos dlm 3 group yg lantang ph..pasal.projek2 kerajaan china diteruskn..sudah tk jual negara pada china pulak..kaki putar fitnah
Departmen dlm kerajaan kna swasta..yg lama nk pencin tkder hal..yg baru nk keeja..gaji kwcik.pencin brapa dpt..kna game..korang penganut ph muka hijau..menikus bila aku posr w'app..hijauuu

Anonymous said...

Sekarang semua tungu dn lihat..gaya2 mcm terkena dgn ph yg di puja..kearah cakap tk serupa bikin..masih mengharap tol.ptptn.gst.minyak.ditunai kan..dlm seratus hari..kita sedang buat kajian..daim...mcm mana..dulu tkder gst pn hidup kn..gst tk mansuh..penjawat awam yg kna mansuh..ckit lg budak2 hingusan ni tau la nasib diorg..ptptn jngan lupa bayar..ada pakar akedemik..gaji lebih 4 k..tunggu.incamtex carii.gst tkpa..mmg mansuh..jngan cakap kaji yg..kurang 2℅..2 oersen tu sardin mahal lg..tk kenyang makan..br tolak 0.12sen..bole kaya ka..

شركة المثالية said...


شركة تنظيف بالقطيف
شركة تنظيف منازل بالقطيف

شركة تنظيف مسابح بالقطيف
شركة صيانة مسابح بالقطيف

AMISHA said...


KABAR BAIK!!!

Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

Tanpa biaya transfer,
Pembayaran yang fleksibel,
Suku bunga rendah,
Tanpa biaya pendaftaran,
Layanan berkualitas,
Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget