KL CHRONICLE: Ini pendapat saya tentang sidang Media Mohd Shukri Abdul #kltu #jbtu

Thursday, May 24, 2018

Ini pendapat saya tentang sidang Media Mohd Shukri Abdul #kltu #jbtu


Saya tidak berniat mahu mengganggu tumpuan rakyat terhadap perkembangan kes mega 1MDB yang sedang hangat diperkatakan kini, tapi saya suka ingin berkongsi satu sisi pandang yang mungkin kebanyakan rakyat terleka akibat terlalu marah dan kecewa dengan pendedahan demi pendedahan yang berlaku dalam 2-3 hari ini.
.
Sebagai permulaan, elok kiranya diketahui bahawa terbaru YB Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia telah mendedahkan bahawa 1MDB memang tidak mampu membayar faedah hutangnya kepada Kementerian Kewangan dan ia sebenarnya telah dimaklumkan melalui surat pada Mac 2018 kepada Kementerian Kewangan sebelum ini. Butiran kenyataan tersebut saya kepilkan sekali bersama tulisan ini. Boleh rujuk beberapa keratan berita antaranya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/429372/1mdb-sahkan-tidak-mampu-bayar-hutang-lim-guan-eng dan https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/23/1mdb-unable-to-pay-debts-say-two-directors/.


.
Apa yang saya ingin utarakan dalam tulisan ini adalah beberapa berita susulan daripada pembongkaran Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkenaan kes ini semalam. Anda boleh menonton rakaman sidang berkenaan di pautan https://www.youtube.com/watch?v=1EQ8KNLdWEo&pbjreload=10. Saya yakin sepanjang anda menonton sidang media ini, anda pasti terkejut dengan butiran kes yang diceritakan. Begitu mengerikan!
.
Perlu diketahui pada hari sidang media itu berlangsung, mantan Perdana Menteri Malaysia, YB Dato' Seri Najib Tun Abd Razak juga telah ke SPRM untuk memberikan kenyataan beliau. Susulan daripada sidang media oleh KP SPRM, seorang peguam PAS, saudara Wan Zainudin telah menulis di facebook mengecam tindakan Datuk Seri Mohd Shukri kerana mendedahkan terlalu banyak informasi kepada umum dan menyebut ia adalah suatu tindakan prejudis dan tidak adil kepada tertuduh sebelum perbicaraan bermula. Tindakan ini dikatakan akan memberi kesan kepada perjalanan di mahkamah kelak.
.
Kenyataan ini adalah senada dengan pandangan sebuah laman facebook yang berperanan memberikan pengetahuan berkenaan undang-undang kepada awam 'Jumpa Kat Mahkamah' yang menyebut bahawa peguam DS Najib berkemungkinan akan mengambil peluang di atas ketelanjuran KP SPRM berkenaan. Saya petik satu ayat daripada tulisan berkenaan yang saya rasakan penting iaitu ".. pihak pembelaan akan menggunakan hujah ‘mala fide’ atau berniat jahat, bermotif politik kerana KP SPRM telah mendahului mahkamah dengan memberi bayangan bahawa DS Najib bersalah sebelum beliau sempat dibicarakan lagi."
.
Walaubagaimanapun, kecaman awal peguam Wan Zainudin telah diserang media antaranya Malaysiakini yang telah memberikan persepsi bahawa peguam berkenaan menyebelahi DS Najib. Akibat daripada itu, netizen telah mengecam peguam berkenaan tanpa memahami isi di sebalik tulisan facebook beliau berkenaan. Anda boleh baca berita tersebut di sini https://www.malaysiakini.com/news/426218 atau https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/22/pas-lawyer-slams-macc-chiefs-tell-all-press-conference-as-prejudicial/. Saya percaya gaya bahasa yang digunakan dalam kedua-dua berita tersebut cukup memberikan persepsi yang negatif kepada PAS walaupun ia bukanlah kenyataan rasmi PAS.
.
Suasana ini diambil peluang oleh YB Lim Kit Siang yang telah menghukum PAS dengan mengatakan bahawa PAS telah menyebelahi DS Najib walaupun setelah Malaysia didedahkan dengan kebobrokan pengurusan 1MDB. Dakwaan ini dibuat tanpa sebarang bukti. Pastinya netizen yang terpengaruh terus berpesta menghentam PAS tanpa langsung mengetahui punca asal kepada kenyataan tersebut. Anda boleh baca di sini: https://www.msn.com/en-my/news/national/kit-siang-why-are-pas-hadi-still-defending-najib/ar-AAxFpT1
.
Apa yang mungkin menarik adalah YB Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor yang juga seorang peguam mempunyai pandangan yang sama seperti Peguam Wan Zainudin tetapi apa yang pasti beliau tidak pula dikecam dan dituduh menyebelahi DS Najib. Beliau berpandangan bahawa kenyataan KP SPRM dilihat boleh mengganggu perbicaraan kes tersebut. Antara sedutan kenyataan beliau di https://www.nst.com.my/news/nation/2018/05/372293/shukris-outburst-could-jeopardise-current-1mdb-probe-says-ramkarpal.
.
Terbaru, pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB sendiri, Tan Sri Abu Talib Osman telah mengeluarkan kenyataan menegur agar Datuk Seri Mohd Shukri diam daripada berkata tentang 1MDB dengan alasan yang sama kerana ia akan mengganggu siasatan kes berkenaan.  https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/429185/shukri-diminta-diam-elak-ganggu-siasatan-1mdb.
.
Ada beberapa prinsip penting yang sebenarnya rakyat perlu faham agar skandal sebesar ini boleh diselesaikan dan diadili di mahkamah. Antaranya adalah seseorang itu tidak boleh dihukum bersalah di luar mahkamah sebelum hukuman dijatuhkan oleh orang berotoriti iaitu hakim. Butiran yang didedahkan di luar mahkamah apatah lagi dalam satu sidang media boleh digunakan oleh peguambela tertuduh untuk menggagalkan butiran tuduhan yang dibawa. Betulkan jika salah kefahaman saya.
.
Tatkala rakyat sedang marah, sedih, kecewa dan semestinya mahu yang bersalah akhirnya dihukum melalui saluran undang-undang yang sah, boleh jadi apa yang kita harapkan itu tidak menjadi kenyataan dek kerana emosi kita yang tidak dapat dikawal. Maka dengan itu, dalam menanggapi berita-berita di media sosial terutamanya, kita wajib menyelidiki dengan tekun agar kita tidak tersasar daripada apa yang sebenarnya.
.
Malaysia wajar terus bertenang menghadapi hari-hari mendatang. Moga Allah rahmati Malaysia.
.
Nota tambahan: Setiausaha Agung PAS, YB Dato' Takiyuddin Hassan telah mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan pendirian PAS tentang isu ini. Beliau menekankan bahawa PAS menerima baik pembentukan Jawatankuasa Siasatan 1MDB dan menerangkan bahawa status facebook peguam Wan Zainuddin adalah tidak mewakili suara rasmi PAS. Boleh rujuk di http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/6782-jawatankuasa-siasatan-isu-1mdb
.
Dr Fairuz Azmi
Hulu Kelang
23 Mei 2018

18 comments:

Anonymous said...

Rakyat berhak tahu apa sbnr terjadi. Bukan bagi alasan prejudis, mala fide dll.

Anonymous said...

Bila si bahalol kpop bersuara terserlah la kebodohan yang teramat nyata.. Kikikiki

Pernah masuk mahkamah tengok sidang perbicaraan tak wahai kpop bahalol..?

Anonymous said...

Dr. Fairuz,
Anda rasa budak kpop blh faham? Sama sahaja kalau anda senyap atau bersuara sbb mereka telah dirasuk hasutan syaiton.

Anonymous said...

tun lagi dulu buat tyduhan melulu masa kempen pulihanraya dulu. sedap mulutt buat fitnah sekeliling dunia.

kerajaan yang bertunjangkan persepsi sentimen fitnah tak kekal lama

Anonymous said...

Kenapa tak saman kalau fitnah? Bila nak saman wsj najib oi?

Anonymous said...

Macai bahalol 9.09..ko hadam berita ni baik2.. Produk kpop memang hidupnye menjunjung fitnah.. Cuma bermodalkan kalau fitnah wajib saman..jenis tak tau guna otak..mak bapak ko dulu bagi makan dari hasil haram ke macai bodoh oiii..

Masih ingat lagikah National Feedlot Corporation atau NFC. Masih ingatkah lagi bagaimana Pakatan Harapan (PH) memburukkan NFC sehingga industri berkenaan lingkup dan syatikat berkenaan ditutup?

Sehingga sekarang fitnah jahat masih bermain di media massa. Panggilan Sharizat Lembu, lembu tinggal dalam kondo, Menteri UMNO tidak bayar hutang sentiasa dipermainkan saban hari sehingga fitnah yang diulang-ulang ini menjadi satu sebab kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional.

Umum terlupa di sebalik industri penternakan berkenaan yang telah dihapuskan, segala hutang piutang NFC kepada pihak Kerajaan telahpun dilangsaikan sepenuhnya. Malah, syarikat berkenaan dan Pengerusi NFC telah memenangi kes saman malu ke atas pemimpin pembangkang, Rafizi Ramli.

Kini, setelah PH mengambil alih Kerajaan Pusat, secara tiba-tiba NFC menjadi suci murni. Menteri Pertanian dan Asas Tani dalam temu bual Astro Awani di atas mengumumkan akan meneruskan projek berkenaan. Kalau semalam program PERMATA yang dikritik hebat sebelum ini diteruskan, hari ini giliran NFC pula. Nampak tak?

Ted manoff ori said...

Bila nak bayar balik hutang rm248 juta kepada kerajaan?

Anonymous said...

Ki ki ki manof2..mati la lagi baik

Anonymous said...

Tak tau la nape netizen era baru ni sangat bodoh dan bangang..macam dah kena satu sindrom yg tak boleh lagi diubati sebab hati dah terlalu hitam. Memang tak nampak apa apa dahhh

Anonymous said...

Bila nak bayar balik 32 bilion?

Anonymous said...

Orang tua kerepot macam kau duduk kampung makan elaun jkkk pun dah macam makan gaji menteri dibuatnya. Ptuihhh..

Anonymous said...

Berhak kepala BAPAK KAU MACAI PH.. HAK NAJIB pula bagai mana bodohh oii!! Dia juga insan yang ada hak.. BAPAK KAU tak ajar jangan kurang ajor ke chai??

Beria2 ckp pasal hak.. rakyat berhak menolak tertuduh perasuah terowong daripada jadi menteri duit..apa pasal madey langgar hak rakyat??

Babi sudah terbang..

Anonymous said...

Bapa kau pernah kena saman ke macai kpop??
Ayat standard bodoh macai ton uneducated.. ton taik tak saman plk forex lesap 30 billion..

Anonymous said...

Mokzani punya harta bile mau sita? Bapak perompak boleh lepas.

Anonymous said...

Babi dapig cina sudah mengamok ka sama org kg? Ko org suruy babi mana? Marah sgt dgn kampung? Ko anak pungut tepi jalan ke..dengki smcm dgn org ade lg?

Exco ph mkn gaji buta..air pun xblh settel.. sembng kemvang

Anonymous said...

Kan madey dh ckp..uneducated generasi muda sekarang

Anonymous said...

Sy rasa..otak budak muda dh hank..tk rajin membaca dan berfikir akibat kepala hotak dibekukan oleh gadget..masa terluang hanya utk gadget
..
Apa org sogok..itu yg terbaik

Anonymous said...

Biarlah mereka yang menang dgn fitnah ni..bergumbira...dulu...tak lama kejap jrr...tunggu lah...Allah akan tetap menangkan orang Islam yang ikhlas...baca Malaysia today...ada jawapannya...biar un educated tu tercari2 ...apa dia...

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget