KL CHRONICLE: (Video) ECRL bukan sekadar pengangkutan, tetapi akan mengubah sosioekonomi di Kelantan dan di Pantai Timur! #SPAD #Negaraku #Malaysia

Friday, April 13, 2018

(Video) ECRL bukan sekadar pengangkutan, tetapi akan mengubah sosioekonomi di Kelantan dan di Pantai Timur! #SPAD #Negaraku #Malaysia


Umum ketahui bahawa projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak kini mendapat tentangan hebat dari pemimpin - pemimpin pembangkang yang mahukan projek ECRL ini dibatalkan serta merta jika Pakatan Harapan (PH) merampas Putarjaya pada PRU - 14 yang akan datang. 

Memetik kata - kata Pengerusi Pakatan Harapan yang juga merupakan calon Perdana Menteri mereka Dr. Mahathir Mohamad:


"Kalau difikirkan secara logik, siapa mahu menghabiskan masa 14 jam dalam kereta api dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor berbanding kira-kira 30 minit dengan menggunakan penerbangan.
'Kita akan mengkaji semula projek ECRL sama ada perlu atau tidak. Jika tidak (diperlukan), henti setakat yang dah buat sahaja," 
Sumber : http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1450049

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan Dr. Mahathir ini langsung tidak bertanggungjawab. Memandangkan Dr. Mahathir merupakan pengkritik utama projek ECRL, kami di #KLChronicle telah membuat beberapa kajian terhadap projek ini dan kami dapati projek ini memberikan begitu banyak manfaat kepada rakyat Pantai Timur khasnya dan warga Malaysia amnya. 

Melalui video YAB Perdana Menteri dibawah, kami dapati:



  1. Jumlah pekerjaan bagi projek ECRL akan mencecah 80,000 bilangan pekerjaaan
  2. Akhir tahun ini, hampir 14,000 peluang pekerjaan diwujudkan. Daripada 14,000 tak kurang 70% mesti terdiri daripada anak muda tempatan
  3. Kontraktor besar dan kecil, 237 konsultan tempatan, pembekal dan sub-kontraktor dikalangan tempatan bernilai RM 1.48 Billion
  4. Projek ini sebagai pemangkin kepada pertumbuhan, negeri Pantai Timur kadar pertumbuhan akan meningkat sebanyak 1.5%.
  5. Projek ini akan menjadikan "reverse migration" satu kenyataan, orang dari luar dan anak tempatan akan kekal dan pulang ke negeri Kelantan dan jadikan Kelantan lebih maju lagi.
Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa terdapat banyak kesan positif projek ECRL kepada Kelantan dan negeri Pantai Timur sangat banyak. Jadi kenapa Dr. Mahathir mahu membatalkan projek ECRL?

Kami di #KLChronicle juga yakin bahawa pihak SPAD akan memainkan peranan yang sangat baik bagi memastikan projek ECRL ini berjaya sekaligus melonjakkan lagi kemajuan serta pembangunan di negeri - negeri Pantai Timur. SPAD sudah membuktikan kecekapan mereka dalam projek MRT dan LRT 2, lepas ini ECRL pula akan menjadi mercu tanda kejayaan SPAD. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget