KL CHRONICLE: MCA tukar strategi bagi #PRU14 #GE14, pastikan kemenangan bergaya #GelombangBiru #BersamaBN

Wednesday, April 25, 2018

MCA tukar strategi bagi #PRU14 #GE14, pastikan kemenangan bergaya #GelombangBiru #BersamaBN


Umum ketahui bahawa DAP selalu meletakkan calon - calon "payung terjun" di kawasan Parlimen yang mereka bertanding. Malah calon - calon yang DAP letak adalah bukan calon anak tempatan tetapi merupakan barisan kepimpinan DAP dari pusat dimana mereka ini berasal dari serata Malaysia kemudian dicampak ke kawasan - kawasan yang ada potensi untuk menang.


Contoh paling ketara adalah Lim Guan Eng, anak kelahiran Melaka yang kini menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang. Jika beliau terus bertanding di Melaka, sudah semestinya beliau tidak akan merasa kuasa menjadi Ketua Menteri sebuah negeri. Sama juga dengan ayah beliau Lim Kit Siang, setiap kali ada PIlihan Raya Umum (PRU), beliau akan bertukar tempat untuk bertanding. 



Kami di #KLChronicle rasa strategi DAP untuk lompat dari satu tempat, ke tempat yang lain adalah kerana mereka ini bukan bekerja untuk rakyat tetapi hanya tahu berpolitik sahaja. Sebab itu setiap kali PRU mereka akan "cabut". Ini sungguh berbeza dengan parti MCA. Malah jika dilihat dari kedudukan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Dr. Ir Wee Ka Siong, mereka ini sudah hendak masuk tiga (3) penggal di tempat masing - masing. Hebat!

Menyedari bahawa adalah amat penting untuk berkhidmat kepada rakyat, MCA pada kali ini akan menurunkan calon - calon anak tempatan untuk bertanding contohnya di kawasan Parlimen Bakri dan di kerusi DUN Bentayan. Calon yang telah dipilih iaitu  Koh Chon Chai dan  Lee Kim Heng, 50 merupakan anak tempatan dan mempunyai jawatan di MCA Cawangan tempatan.

Ini berbeza dengan DAP yang membawa calon dari Selangor Yeo Bee Yin yang tidak tahu apa - apa hal Bakri untuk datang bertanding di sini. Anda rasa, orang Bakri hendak mengundi calon DAP yang mungkin pada PRU - 15 akan cabut ke tempat lain atau pun undi calon MCA yang juga anak tempatan?


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget