KL CHRONICLE: KEDUDUKAN KABINET SELEPAS PEMBUBARAN DEWAN RAKYAT #PRU14 #MalaysiaMemilih #HebatNegaraku

Saturday, April 7, 2018

KEDUDUKAN KABINET SELEPAS PEMBUBARAN DEWAN RAKYAT #PRU14 #MalaysiaMemilih #HebatNegaraku


1. Ramai antara kita menerima mesej dari seorang penulis gila yang memberitahu bahawa Perdana Menteri dan Menteri tidak lagi boleh memasuki pejabat mereka selepas pembubaran Parlimen. 

2. Berbeza dengan persepsi bahawa Parlimen dibubarkan hari ini, faktanya hanya Dewan Rakyat yang dibubarkan. Dua lagi komponen Parlimen iaitu Dewan Negara dan Yang Di Pertuan Agong masih kekal sebagai institusi.



3. Saya dapati agak melucukan betapa selepas 60 tahun merdeka dan 13 kali Pilihan Raya Umum, masih ada orang yang mempertikaikan kedudukan "caretaker government" Malaysia sebaik Dewan Rakyat dibubarkan. 

4. Sebenarnya tidak ada konsep caretaker govenrnment dalam perlembagaan negara. Yang ada Jemaah Menteri kekal sehingga pelantikan baharu atau digugurkan atau dikenakan undi tidak percaya. 

5. Sudah 13 kali Pilihan Raya umum dilakukan, kedudukan Perdana Menteri dan Menteri tidak terjejas semasa pembubaran hatta ketika Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim di dalam Kabinet.

6. Berdasarkan Perkara 43, Perlembagaan Malaysia, kedudukan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri tidak terjejas apabila Dewan Rakyat dibubarkan. 

7. Perkara 43, fasal 2 (a) menyatakan  Yang di-Pertuan Agong (YDPA) hendaklah melantik memillih seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu untuk menjadi Perdana Menteri. 

8. Apa yang ramai terlepas pandang ialah Perkara 43, fasal 2 (b) yang menyatakan pelantikan ini terus kekal selepas pembubaran  sehinggalah permulaan Penggal Parlimen yang berikutnya. 

9. Malah dalam Perkara 43, Fasal 2 (b) tersebut menyatakan pelantikan ahli Jemaah Menteri boleh dibuat semasa Dewan Rakyat telah dibubarkan dengan syarat individu tersebut adalah ahli Dewan Rakyat sebelum pembubaran.

10. Fasal ini juga menjelaskan kedudukan Jemaah Menteri ini kekal sehingga permulaan penggal Parlimen baharu. 

11. Jadi tidak timbul bahawa Perdana Menteri dan Menteri tidak lagi mempunyai kuasa dan jawatan dalam kabinet selepas pembubaran Dewan Rakyat. Perlu juga diingat bahawa pelantikan Jemaah Menteri dibuat oleh Yang Di Pertuan Agong bukannya oleh Dewan Rakyat.

---------------------------------------------------
Petikan Perlembagaan Malaysia

43. (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya.

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan

(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;
tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh terus memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan, jika dia telah dilantik menjadi Perdana Menteri, dia ialah ahli Dewan
Rakyat yang baru itu, dan dalam apa-apa hal lain, dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

#Negaraku
#PRU14
#UndiBN

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget