KL CHRONICLE: Insiden pengagihan Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia, ini kenyataan rasmi SPAD #kltu #jbtu #Negaraku #Malaysia

Saturday, April 14, 2018

Insiden pengagihan Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia, ini kenyataan rasmi SPAD #kltu #jbtu #Negaraku #Malaysia


Semalam telah berlaku satu insiden dimana seramai 30 pemandu teksi dilaporkan cedera ketika berasak-asak untuk menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang mula diagihkan di Serdang. Didalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Insiden yang tidak diingini ini telah berlaku akibat segelintir para hadirin yang tidak mematuhi langkah-langkah pengurusan kawalan sistematik.


Bagi kami di #KLChronicle, kami pun tidak faham macam mana pemandu - pemandu teksi ini tidak boleh mengikut arahan yang diberikan oleh Anggota penguatkuasaan SPAD, PDRM dan RELA yang bertugas. Malah, SPAD juga memberitahu bahawa walaupun 12,000 pemandu teksi hadir, tetapi terdapat 60 kaunter pengurusan pendaftaran dan sistem ‘queue’ untuk pengambilan kad telah disediakan. Ini bermakna, satu kaunter hanya akan mempunyai 200 orang sahaja. 


Namun malangnya, akibat sikap degil segelintir pemandu teksi, telah berlaku insiden yang tidak diingini sehingga 30 orang pemandu cedera manakala seorang lagi individu telah mengalami kecederaan dan terpaksa dibawa ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya. SPAD akan menanggung kos perubatan bagi individu tersebut. Kami di #KLChronicle sebenarnya kasihan dengan pihak SPAD. 

Mereka telah bertungkus lumus untuk memastikan program ini berjaya tetapi kerana segelintir pihak yang tidak boleh mengikut peraturan, habis seluruh program pemberian kad ini bermasalah sampai ada pihak yang tercedera. Kami berharap kakitangan SPAD terus tabah dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberi walaupun ianya perit dan sukar. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa kalian kepada pemandu - pemandu teksi di negara ini. 

KENYATAAN MEDIA
INSIDEN KETIKA PENGAGIHAN KAD BANTUAN TEKSI 1MALAYSIA

13 April 2018 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memaklumkan bahawa satu insiden telah berlaku di mana 30 orang pemandu teksi mengalami kecederaan ringan apabila sedang beratur untuk menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia petang tadi. Pemandu-pemandu yang terlibat telah menerima rawatan serta-merta, manakala seorang lagi individu telah mengalami kecederaan dan terpaksa dibawa ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya. SPAD akan menanggung kos perubatan bagi individu tersebut.

Anggota penguatkuasaan SPAD, PDRM dan RELA telah mengambil tindakan serta-merta untuk mengawal keadaan dan pada jam 7.00 malam keadaan sudah terkawal. Insiden yang tidak diingini ini telah berlaku akibat segelintir para hadirin yang tidak mematuhi langkah-langkah pengurusan kawalan sistematik yang disediakan apabila mereka masuk ke dewan pengambilan kad.

Seramai 12,000 pemandu teksi telah hadir dan didapati sebahagian besar pemandu-pemandu teksi tersebut telah memberikan kerjasama ketika beratur untuk mengambil kad tersebut. Sebanyak 60 kaunter pengurusan pendaftaran dan sistem ‘queue’ untuk pengambilan kad telah disediakan.

SPAD ingin mengesyorkan para pemandu teksi di seluruh negara yang masih belum menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, bahawa kad tersebut boleh diperolehi di pejabat-pejabat SPAD di seluruh negara (kecuali Ibu Pejabat di Kuala Lumpur), iaitu di Kelana Jaya, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Johor Bahru mulai hari Isnin, 16 April 2018 sehingga 16 Julai 2018.

Manakala bagi cawangan SPAD di Melaka, UTC Ipoh, UTC Alor Setar, UTC Kota Bahru dan UTC Kuantan, kad tersebut boleh diperolehi bermula dari Selasa 17 April, 2018 sehingga 16 Julai 2018.

Bagi para pemandu di Sabah dan Sarawak, mereka boleh mendapati Kad Bantuan Teksi 1Malaysia daripada LPKP Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak. Tarikh akan dimaklumkan oleh pejabat LPKP Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai proses koleksi sila layari
www.spad.gov.my/ms/pengusaha-kenderaan/teksi/kad-bantuan-teksi-1malaysia

-Tamat-

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget