KL CHRONICLE: Dr Puad Zarkashi Tidak Bertanding Sebagai Calon Bebas #GelombangBiru #BersamaBN #TolakPH

Saturday, April 28, 2018

Dr Puad Zarkashi Tidak Bertanding Sebagai Calon Bebas #GelombangBiru #BersamaBN #TolakPH


1. Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi tidak kelihatan di pusat penamaan calon di sini, hari ini.

2. Hanya calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan PAS telah mengemukakan kertas pencalonan mereka.

3. Ketiadaan Puad pagi ini sekaligus menafikan spekulasi bahawa beliau akan bertanding sebagai calon bebas selepas digugurkan daripada senarai calon BN untuk PRU14.



4. Cubaan media untuk menghubungi Puad buat masa ini tidak berjaya.

5. Puad baru-baru ini mengesahkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pengarah JASA setelah namanya digugurkan daripada senarai calon BN.

6. Namun begitu kedudukannya sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO dan juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat masih belum jelas sehingga kini.

7. Ketiadaan Puad di pusat penamaan calon hari ini menunjukkan yang beliau tetap komited dengan perjuangan UMNO dan BN.

8. BN mencalonkan Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat, Haliza Abdullah menggantikan Puad untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu Pahat.

*Sumber:* http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/32361-dr-puad-zarkashi-tidak-bertanding-sebagai-calon-bebas.html

_Proses penamaan calon bagi PRU14 berlangsung hari ini bermula 9 - 10 pagi di 222 pusat penamaan calon di seluruh negara._

_Ia membabitkan sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN. Sarawak telah mengadakan pemilihan anggota DUN pada 2016._

*Berikut kami kongsikan suasana di beberapa pusat penamaan calon:* http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/32360-suasana-hari-penamaan-calon-pru-14.html

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget