KL CHRONICLE: TSAM : Pembangkang guna "Fake News", rangkaian luar negara untuk burukkan Malaysia #kltu #jbtu

Saturday, March 31, 2018

TSAM : Pembangkang guna "Fake News", rangkaian luar negara untuk burukkan Malaysia #kltu #jbtu


Baru - baru ini kecoh konon - nya negara Switzerland telah merampas sejumlah wang US$100mil (RM430mil) milik 1MDB yang "dicuri" oleh pihak tidak bertanggungjawab. Cerita ini dijaja oleh puak - puak pembangkang dan NGO - NGO mereka. Lebih teruk lagi, tua kutuk Lim Kit Siang secara terang - terang telah menulis didalam blog beliau bahawa:
I have emailed Swiss MPs asking them to support the motion in Swiss Parliament to repatriate RM430 million 1MDB-related funds confiscated from Swiss banks because of corruption to Malaysia to benefit Malaysians harmed by the 1MDB scandal
Dalam Bahasa Melayu, ianya bermakna Lim Kit Siang telah email kepada Ahli Parlimen di Switzerland untuk menyokong usul Parlimen Switzerland bagi memulangkan RM 430 juta wang berkaitan 1MDB yang telah dirampas dari bank di Switzerland atas sebab rasuah di Malaysia. Wang yang dipulangkan ini (RM 430 juta) akan digunakan demi kebaikan rakyat Malaysia.


Tuan - tuan tahu apa yang kerajaan Switzerland jawab?
Switzerland’s parliament rejected on Thursday a bid to amend the law handling ill-gotten bank profits seized by authorities that had aimed to return more than $100 million linked to scandal-hit sovereign fund 1MDB to the Malaysian people.
Confiscated bank profits from dubious deals are a different story. Normally they flow into the general Swiss budget.

Pertama sekali, permintaan bodoh tua kutuk Lim Kit Siang ini telah direject oleh kerajaan Switzerland. Ini kerana, duit yang dirampas adalah dari keuntungan bank, bukan dari 1MDB seperti yang diperkatakan oleh Lim Kit Siang. Tuan - Tuan nampak tak penipuan Lim Kit Siang didalam perkara ini? Beliau cuba menggunakan berita palsu untuk menjahanamkan imej negara di mata dunia.

Oleh sebab suka menggunakan berita palsu dan rangkaian luar negara untuk memburukkan Malaysia, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa telah mengeluarkan satu kenyataan membidas pihak pembangkang. Memetik kata - kata Tan Sri Annuar Musa:
Pembangkang apabila sekali lagi cuba menggunakan berita palsu dengan menggunakan rangkaian mereka di luar negara dengan membuat permohonan supaya dikembalikan wang yang dibekukan oleh Perbendaharaan Switzerland kepada rakyat Malaysia yang didakwa milik 1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) berjumlah CHF104 juta (RM430 juta).

“Saya berpendapat perkara ini perlu disiasat memandangkan ada bukti yang munasabah beberapa orang tertentu terlibat beberapa kali dalam usaha menjadikan rakyat membenci dan menolak Kerajaan yang memerintah.
“Saya menyeru agar PDRM menyiasat perkara ini lebih lanjut. Pihak-pihak yang lain yang terbabit juga patut mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat”, ujarnya.
Bagi kami di #KLChronicle, inilah sebab utama pihak pembangkang takut dengan Akta baru yang dibentangkan oleh kerajaan iaitu Akta Anti Berita Palsu  Rakyat perlu sedar bahawa Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Palsu 2018 tidak akan menjejaskan kebebasan media di negara tetapi ianya menjadi "masalah" kepada pihak pembangkang apabila taktik mereka untuk menyebarkan berita palsu kali ini boleh dikenakan tindakan.

Itu sebab mereka sangat marah dengan akta ini kerana mereka sedar selama ini mereka hanya menipu rakyat Malaysia dengan harapan penipuan mereka ini akan membuatkan rakyat Malaysia benci akan kerajaan. Itu sahaja. 

2 comments:

Anonymous said...

MAMAK MATDEY MAHATAIK...HIDUP BERGELUMANG DENGAN TAIK BABI!!!

Anonymous said...

panjang ulas nampak..bila AG swiss minta kerjasama/maklumat dari Malaysia, tolak pulak..itu le Malaysia bawah MO1..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget