KL CHRONICLE: @mpkotabelud : 10 bukti #ManifestoPH hanya retorik dan #HarapanPalsu #KN #kltu

Friday, March 9, 2018

@mpkotabelud : 10 bukti #ManifestoPH hanya retorik dan #HarapanPalsu #KN #kltu


1. 10 Janji, 100 Hari Pakatan Harapan tak lebih daripada retorik semata. Tiada janji baru yang segar & realistik yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. 

2. Pakatan berjanji untuk menghapuskan GST 6% dan kembali kepada cukai jualan 10% & cukai perkhidmatan 6% (SST) yang tidak telus & efisyen. GST kutip RM41 billion, SST kutip RM17 billion. Bagaimana Pakatan mahu tampung kekurangan lebih RM20 billion?


3. Pakatan mahu kembalikan subsidi petrol BERSASAR. Sebelum ini mereka janji mahu turunkan harga kepada RM1.50 seliter untuk semua. Flip-flop. Kerajaan BN telah laksanakan subsidi bersasar dalam bentuk tunai terus kepada mereka yang benar memerlukan sejak 2012.

4. Dulu mereka janji nak hapuskan hutang PTPTN. Sekarang mereka kata bila gaji kasar melebihi RM4,000 baru mula bayar. Kerajaan telah mengecualikan RM1.23 bln bayaran balik untuk 41,706 pelajar daripada yang mendapat ijazah kelas pertama. 

5. Mereka nak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk siasat macam-macam benda. Jgn lupa, @limkitsiang dulu berkeras mahukan RCI untuk skandal forex BNM. Bila siasatan selesai, dia tolak keputusan siasatan. Mereka patut tuntut juga RCI untuk terowong dasar laut!

6. Tubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk semak & laksana Perjanjian Malaysia 1963? PM @NajibRazak sudah pun tubuhkan J/K Khas malah beri komitmen akan kembalikan mana-mana hak Sabah & Sarawak yang “terambil” secara sengaja atau tak dalam Perjanjian Malaysia 1963.

7. Skim Peduli Sihat dengan had maksima RM500 setahun? Di hospital-hospital kerajaan, tiada had untuk rakyat mendapatkan rawatan. Tahun ini sahaja, Kerajaan belanja RM26.5 billion untuk sektor kesihatan demi rakyat.

8. Projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing akan dikaji semula. Saya nak tanya KLCC, LRT STAR & PUTRA,  Dayabumi syarikat tempatan mana yang bina?

9. Perintah Gaji Minima (2012) menetapkan kadar gaji minima disemak setiap 2 tahun. Tahun ini ianya akan disemak lagi. Tak payah tunggu janji Pakatan untuk naikkan gaji minima pekerja.

10. Berbanding Pakatan yang mahu suri rumah KEKAL di rumah, BN ada perancangan yang lebih komprehensif demi memperkasa wanita. BN menyalakan inspirasi agar mereka kekal/menyertai pasaran buruh untuk menyumbang kepada ekonomi negara dan menaik taraf ekonomi keluarga.

11. Janji nak hapuskan hutang PTPTN pun Pakatan boleh u-turn. Macam mana nak percaya janji mereka nak mansuhkan hutang peneroka FELDA?

#HarapanPalsu #ManifestoPRU14

*Kenyataan YB Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan*
*Pengarah Komunikasi Strategik BN di dalam laman twitter @mpkotabelud*

1 comment:

Unknown said...

Terima kasih banyak kepada teman aku yang di Dubai ..! berkat postingan dia di halaman facebook TKI Sukses aku baca. Aku bisa kenal nama nya Mbah Suroto. waktu itu setelah pikir-pikir kurang lebih 5 tahun kerja jadi Tkw di SINGAPURA hanya jeritan batin saja saya alami. berkat bantuan beliau melalui Pesugihan Dana Gaib nya.

Tergantung keyakinan dan kepercayaan saja. Banyak pilihan di berikan yaitu Dana Hibah, penglaris usaha dagan, dana gaib, anka gaib togel 3D,4D,5D,6D jampi pelet, ingin cepat dapat kerjaan, dll....

Kini saya berbagi pengalaman saja sudah saya rasakan dan buktikan sampai sekarang. Atau mungkin ada teman mau hubungi langsung beliau ini nomer WhatsApp nya 0822 9127 7145 Semoga bermanfaat. aminn...

Lebih lenkapnya buka saja situs beliau di https://pesugihanputihislamia.blogspot.com.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget