KL CHRONICLE: Kenapa Liew Chin Tong khianat kepercayaan masyarakat Kluang terhadap beliau? #Kltu #Jbtu #KitaOK #MCA

Tuesday, March 20, 2018

Kenapa Liew Chin Tong khianat kepercayaan masyarakat Kluang terhadap beliau? #Kltu #Jbtu #KitaOK #MCA


Baru - baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang kini telah didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah dan salah guna kuasa mengumumkan bahawa Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong akan bertanding di kawasan Parlimen Ayer Hitam pada Pilihan Raya Umum (PRU) - 14 yang akan datang. Keputusan ini dibuat selepas Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong membongkar skandal RM 6.3 Billion terowong dasar laut dan tiga jalan Pulau Pinang. 



Bagi kami di #KLChronicle, pengumuman Lim Guan Eng bahawa Liew Chin Tong akan ditukarkan dari Kluang ke Ayer Hitam merupakan satu pengumuman yang biadap dan kurang ajar. Ini kerana, buat masa sekarang Liew Chin Tong masih merupakan Ahli Parlimen Kluang dan beliau mempunyai tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Kluang untuk terus berkhidmat kepada masyarakat disana. 

Dengan pengumuman yang dibuat oleh Lim Guan Eng, sudah semestinya Liew Chin Tong akan mula berkempen di Ayer Hitam. Persoalanya sekarang, 
Adakah Liew Chin Tong akan memberikan khidmat bakti kepada masyarakat di Kluang memandangkan dalam masa yang sama beliau harus berkempen di Ayer Hitam bagi memastikan kemenangan DAP pada PRU - 14 yang akan datang?
Selain itu, kami di #KLChronicle juga curious dan ingin tahu:
Apa sumbangan Liew Chin Tong di Kluang, Johor? 
Secara peribadi, kami rasa Liew Chin Tong ini sama seperti Lim Kit Siang di Gelang Patah. Semua orang tahu Lim Kit Siang telah gagal menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang Ahli Parlimen yang baik sehingga masyarakat di Gelang Patah mengeluarkan poster "wanted" untuk mencari Ahli Parlimen mereka yang telah hilang.  

Keputusan terletak di tangan masyarakat di Ayer Hitam. Adakah anda mahu seorang Ahli Parlimen yang berdedikasi dan bertanggungjawab macam Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong yang juga merupakan seorang Menteri atau pun anda mahu Liew Chin Tong yang mana terbukti beliau ini hanya seorang "macai" yang mengikut telunjuk kepimpinan parti tanpa menghiraukan kawasan beliau sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

MAMAK MATDEY KEPALA MAHATAIK....SANGGUP JILAT KAHAK SENDIRI....LAHANAT...

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget