KL CHRONICLE: Jumlah penumpang pengangkutan awam semakin meningkat, bukti keberkesanan rancangan kerajaan #kltu #Jbtu

Thursday, March 8, 2018

Jumlah penumpang pengangkutan awam semakin meningkat, bukti keberkesanan rancangan kerajaan #kltu #Jbtu


Baru - baru ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membentangkan Laporan Semakan Tahunan 2017 SPAD. Dalam pembentangan yang dibuat, kami di #KLChronicle tertarik dengan satu data yang dikongsi oleh pihak SPAD iaitu jumlah penumpang harian purata perkhidmatan rel dan bas di Lembah Klang/Greater Kuala Lumpur merekodkan trend menaik tahun lepas.




Berdasarkan data yang ada, tren menaik ini adalah dengan peningkatan sebanyak 3.7 peratus atau 1,206,111 berbanding 1,162,717 pada 2016. Secara mudah - nya, hampir tambahan 40,000 orang menggunakan perkhidmatan awam dari tahun 2016 ke tahun 2017. Memetik kata - kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah ini menunjukkan kejayaan usaha kerajaan dalam menambah baik sistem pengangkutan awam negara.
"Kami bangga mengumumkan pencapaian positif ini dan kami boleh lihat semua projek pengangkutan seperti MRT (Transit Aliran Mass), Rel Berkelajuan Tinggi serta perkhidmatan bas dan tinjauan kami menunjukkan kami di landasan yang betul," katanya kepada pemberita selepas membentangkan Laporan Semakan Tahunan 2017 SPAD, di sini pada Selasa.
"Semakin ramai pengguna yang berpandangan pengangkutan awam menawarkan mereka kaedah yang berkesan dan kos efektif untuk bergerak," katanya
Bagi kami di #KLChronicle, dengan data yang kita ada ini membuktikan juga keputusan kerajaan untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar dalam memantapkan, memodenkan serta meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat membuahkan hasil. Ini kerana hasil usaha kerajaan, semakin ramai orang yang menggunakan perkhidmatan awam.

Namun malangnya, ada pula puak - puak dari pihak pembangkang yang mahu membatalkan beberapa projek pengangkutan awam darat yang ingin dimajukan oleh kerajaan BN. Antara projek yang mereka ingin batalkan adalah projek East Coast Rail Line (ECRL). Umum ketahui bahawa tujuan utama kerajaan BN membangunkan ECRL adalah bagi memastikan kawasan Pantai Timur juga membangun selaras dengan kemajuan Lembah Klang. 


Kerajaan mahu negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan juga mempunyai perkhidmatan yang baik dan tip top. Namun persoalanya kenapa Pakatan Harapan yang dikuasai oleh DAP tidak mahu negeri - negeri ini membangun?

Boleh pembaca tolong jawab kan? 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget