KL CHRONICLE: (Video) Sudah - sudah lah @MukhrizMahathir, kenapa cuba perbodohkan rakyat Malaysia? #kltu #jbtu #penangtu #YP

Sunday, February 18, 2018

(Video) Sudah - sudah lah @MukhrizMahathir, kenapa cuba perbodohkan rakyat Malaysia? #kltu #jbtu #penangtu #YP


Anak kepada Dr. Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir nampaknya masih tidak putus asa cuba meminta sumbangan rakyat marhaein di negara ini untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai oleh ayah beliau. Bagi kami di #KLChronicle, ianya tidak masuk akal langsung bagi Mukhriz memohon sumbangan rakyat di negara ini walhal keluarga beliau kaya raya. 



Mengapa rakyat perlu mengorbankan wang mereka hanya untuk memastikan Mukhriz dan keluarga beliau kembali berkuasa?


Jika para pembaca melihat video diatas, amat jelas sekali bahawa Mukhriz Mahathir terlibat dalam beratus syarikat dan mempunyai kekayaan yang sangat banyak. Ini berbeza dengan rakyat biasa yang walaupun mungkin dilihat senang, tetapi mempunyai lebih banyak lagi perkara penting yang perlu diberi perhatian berbanding mengeluarkan wang ringgit untuk Mukhriz Mahathir dan PPBM. 



Dari memberi sumbangan kepada Mukhriz & PPBM, lebih baik rakyat menyimpan wang ini dan mana tahu suatu hari nanti mungkin rakyat Malaysia juga mampu memiliki se-ekor kuda mahupun sebuah bot seperti yang dimiliki oleh Mukhriz dan keluarga beliau sekarang. Kami juga ingin bertanyakan kepada pihak Mukhriz Mahathir, dari mana keluarga anda mendapat kekayaan yang sebegitu banyak?



Harap - harap Mokhzani Mahathir juga boleh berkongsi tips bagaimana beliau berjaya mendapat kontrak ratus juta ringgit dari PETRONAS. Ada pembaca yang minat ingin tahu?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget