KL CHRONICLE: Video seks bukan saya - Chong Wei #kltu #jbtu #Negaraku #Malaysia

Tuesday, February 13, 2018

Video seks bukan saya - Chong Wei #kltu #jbtu #Negaraku #Malaysia


Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan bahawa dia terlibat dengan satu rakaman video seks bersama seorang wanita yang sedang menjadi tular di laman sosial.

Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu memberitahu, tindakan penularan video tersebut berkemungkinan dibuat oleh sesetengah pihak yang mahu merosakkan kariernya.


"Itu bukan saya. Jika dilihat pun, semua tahu itu bukan saya. Ramai orang menghubungi saya untuk mengesahkan perkara itu dan saya tergelak apabila mengetahui tentang perkara ini kerana jelas itu bukan saya.



"Bagaimanapun, keadaan ini diluar kawalan saya dan saya akan membuat laporan polis mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Chong Wei berkata, dia sering menjadi mangsa kepada tindakan individu yang tidak bertanggungjawab dan perkara seperti itu jelas menjejaskan maruahnya.

"Sentiasa akan ada orang yang tidak gembira dengan kejayaan kita dan ini adalah contoh macam mana mereka cuba melakukan sesuatu untuk menjatuhkan awak.

"Saya tidak begitu kisah tentang perkara seperti ini tetapi ada kalanya ia tetap memberi kesan kepada diri kita," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/video-seks-bukan-saya-chong-wei-1.608553#ixzz56yfT0VPO 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget