KL CHRONICLE: Tahniah SPAD! myBAS Kuala Terengganu mula beroperasi 1 Mac 2018 #DemiRakyat #Kltu #jbtu

Wednesday, February 28, 2018

Tahniah SPAD! myBAS Kuala Terengganu mula beroperasi 1 Mac 2018 #DemiRakyat #Kltu #jbtu


Beberapa minggu yang lepas, kami di #KLChronicle telah menerbitkan dua buah artikel berkaitan dengan kejayaan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam memperkenalkan perkhidmatan myBAS di Terengganu. Ini berikutan kejayaan kerjasama antara pihak SPAD dan kerajaan negeri Terengganu dimana Terengganu menjadi negeri pertama di Malaysia yang memperoleh perkhidmatan myBAS elektrik.



Hari ini pula, kami di #KLChronicle mendapat berita yang sangat menggembirakan apabila SPAD telah mengumumkan bahawa perkhidmatan myBAS Terengganu akan mula beroperasi pada 1 March 2018. Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak SPAD:

28 Februari 2018, Kuala Terengganu – Pelaksanaan berperingkat perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST), akan mula beroperasi pada 1 Mac 2018, lebih awal daripada jangkaan sebelum ini iaitu pada suku kedua 2018. Pelaksanaan ini adalah berikutan pemeteraian kontrak di antara pengendali MARA Liner Sdn Bhd dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah ditandatangani pada 18 Januari 2018 yang lepas. 
Fasa 1 myBAS Kuala Terengganu menawarkan perkhidmatan yang merangkumi 1 laluan utama (trunk route) T202 dan satu laluan pengantara (feeder) F100 bermula pada 1 Mac 2018 dan 2 lagi laluan utama T102 dan T301 yang akan beroperasi pada 15 Mac 2018. Jarak keseluruhan bagi operasi Fasa 1 adalah hampir 100km. Sebelas (11) bas mini berkapasiti 38 penumpang, akan disediakan bagi pelaksanaan Fasa 1 ini.
Jika dilihat dari kenyataan media diatas, SPAD telah menjalankan tugas mereka dengan sangat baik sehingga perkhidmatan myBAS yang sepatutnya beroperasi pada suku kedua 2018 kini beroperasi pada 1 Mac 2018. Hampur 3 bulan lebih awal dari yang dijangkakan.  Di era pemerintahan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak, ini merupakan perkara biasa.

Semua projek yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang dilakukan pada kos yang lebih murah, dan siap lebih cepat dari yang dijangka. Malah, tidak ada lagi kroni - kroni mendapat projek sesuka hati namun semuanya dikawal oleh kerajaan supaya mutu perkhidmatan yang diberi adalah yang terbaik untuk rakyat.

Akhir sekali, syabas dan tahniah juga kepada warga Terengganu kerana telah mendapat perkhidmatan myBAS. Memang untung!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget