KL CHRONICLE: Minta derma dari rakyat Malaysia bukti anak Mahathir sendiri tidak yakin perjuangan PPBM #kltu #jbtu #YP

Thursday, February 15, 2018

Minta derma dari rakyat Malaysia bukti anak Mahathir sendiri tidak yakin perjuangan PPBM #kltu #jbtu #YP


Sebentar tadi kami di #KLChronicle telah menerima satu video dari WhatsApp yang menunjukkan Top Dog Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad merayu kepada semua rakyat Malaysia untuk menyumbang wang ringgit kepada Parti Paling Banyak Masalah (PPBM) bagi menyokong usaha mereka menjadikan Dr. Mahathir sebagai "the next Prime Minister of Malaysia"




Bagi kami, ini satu perkara yang sangat melucukan. Ini kerana Dr. Mahathir dan konco - konco beliau merupakan orang yang sama setiap hari mengatakan bahawa rakyat Malaysia kini hidup dalam kesusahan kerana konon terbeban dengan kos gaya hidup dan sebagainya. 



Tetapi mereka ini tidak pula malu meminta rakyat yang "terbeban" ini menyumbang segala wang ringgit hasil titik peluh mereka semata - mata mahu menjadikan seorang yang sudah berumur 93 tahun sebagai PM.

Lagi satu, umum juga ketahui bahawa anak - anak Dr. Mahathir semuanya merupakan jutawan malah Mokhzani Mahathir pernah secara rasmi menjadi antara 10 orang paling kaya di Malaysia. Memandangkan keluarga Dr. Mahathir ini sudah kaya raya, mengapa beliau tidak menggunakan wang beliau sendiri dalam berpolitik?

Mengapa beliau perlu meminta rakyat Marhaein, ysng bertungkus lumus memerah keringat setiap hari untuk menderma kepada perjuangan PPBM? Tidak kah Dr. Mahathir sedar ini merupakan satu tindakan kurang ajar dan tidak bertanggungjawab dimana beliau cuba ambil kesempatan terhadap rakyat di negara ini?

Kami berharap anak - anak Dr. Mahathir buka mata dan buka hati untuk menolong ayah mereka. Jangan libatkan rakyat Malaysia dalam permainan politik jijik keluarga anda.

Terima kasih

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget