KL CHRONICLE: Menteri jumpa pengusaha teksi di Langkawi #Prihatin #DemiRakyat #RakyatDidahulukan #SPAD

Saturday, February 24, 2018

Menteri jumpa pengusaha teksi di Langkawi #Prihatin #DemiRakyat #RakyatDidahulukan #SPAD


Umum ketahui bahawa ramai pihak yang tidak bertanggungjawab selalu cuba menjadi batu api dengan melaga - lagakan pihak kerajaan dengan persatuan serta pemandu teksi. Antara perkara yang selalu dibangkitkan adalah kerajaan konon tidak prihatin akan nasib pemandu teksi dan dilihat memberi terlalu banyak "muka" kepada pengguna sehingga memberi kebenaran operasi GRAB & UBER di Malaysia.




Namun sebenarnya semua ini hanya merupakan fitnah yang dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi. Sebenarnya kerajaan Barisan Nasional sangat prihatin akan nasib pemandu teksi sehingga kerajaan telah merangka dan melaksanakan program Transformasi Teksi melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITO). Maklumat lanjut mengenai program ini boleh dibaca disini : https://www.najibrazak.com/bm/blog/transformasi-industri-teksi/

Menyedari bahawa industri teksi harus dan akan terus diberi perhatian, baru - baru ini YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebaik tiba di Langkawi terus meninjau suasana di lapangan terbang dan berjumpa dengan pengusaha teksi di sana sebelum pertemuan tertutup dengan dua persatuan teksi Langkawi pada sebelah tengahari tadi. Ini dengan jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam terus menjaga kebajikan pemandu teksi.


Malah program "turun ke padang" ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada YB Dato Sri Hajah Nancy untuk mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi oleh pemandu teksi terutamanya di Langkawi. Segala maklumbalas yang diterima sudah semestinya akan diperhalusi bagi memastikan kebajikan pemandu teksi terjaga dibawah kerajaan Barisan Nasional. 

Oleh yang demikian, mengapa perlu segelintir pemandu teksi dan persatuan teksi memusuhi kerajaan BN?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget