KL CHRONICLE: Gila betul @MukhrizMahathir samakan usaha PPBM kutip derma seperti zaman Tunku capai kemerdekaan #kltu #jbtu #YM

Saturday, February 17, 2018

Gila betul @MukhrizMahathir samakan usaha PPBM kutip derma seperti zaman Tunku capai kemerdekaan #kltu #jbtu #YM


Anak kepada Top Dog Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad nampaknya semakin tidak keruan apabila menyamakan usaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengutip derma untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Najib Tun Abdul Razak dengan usaha Yang Mulia Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu dari pihak British.



Pertama sekali, usaha PPBM langsung tidak sama dengan usaha yang diambil oleh Tunku Abdul Rahman untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari pihak British. Perjuangan PPBM sekarang bukan untuk rakyat Malaysia tetapi perjuangan ini berpaksikan kepada kepentingan seorang individu yang berusia 93 tahun iaitu Dr. Mahathir Mohamad. Perjuangan PPBM adalah bagi memastikan cita - cita Dr. Mahathir menjadi kenyataan.



Kedua, semasa menuntut kemerdekaan dari British, ianya telah menjadi tanggungjawab setiap warganegara Tanah Melayu untuk membantu Tunku Abdul Rahman kerana apa yang diperjuangankan oleh Tunku adalah kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara. Namun apa yang diperjuangkan oleh Dr. Mahathir sekarang dengan bekerjsama dengan DAP hanya akan merugikan orang Melayu apabila kedaulatan agama, bangsa dan negara akhirnya boleh digadai kepada pihak DAP.

Ketiga, perjuangan Dr. Mahathir yang sekarang bekerjasama dengan pihak DAP akhirnya akan merugikan orang Melayu Islam di negara ini. Umum ketahui bahawa DAP merupakan satu parti yang anti Islam dan sudah semestinya tidak masuk akal bagi orang Melayu memberi sumbangan kepada pihak PPBM dimana akhirnya wang ini akan digunakan untuk "melemahkan" orang Melayu sendiri.

Konklusinya, kami di #KLChronicle ingin ingatkan kepada Mukhriz Mahathir supaya cermin diri dahulu sebelum mahu memohon sumbangan dari orang ramai. Anda merupakan seorang jutawan yang memiliki pelbagai kekayaan diluar dari imaginasi rakyat marhein di negara ini. Tindakan keluarga anda memohon sumbangan rakyat negara ini yang bertungkus lumus bekerja hanya untuk kepentingan PPBM menunjukkan PPBM langsung tidak menghormati rakyat biasa di negara ini.

Adakah parti seperti ini yang kita mahu mentadbir negara suatu hari nanti?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget