KL CHRONICLE: Dua senario politik yang akan hancurkan negara jika Pakatan Harapan menjadi kerajaan #YP #Negaraku #Malaysia #KekalNajib #Kltu #Jbtu

Sunday, February 25, 2018

Dua senario politik yang akan hancurkan negara jika Pakatan Harapan menjadi kerajaan #YP #Negaraku #Malaysia #KekalNajib #Kltu #Jbtu


Baru - baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengeluarkan satu kenyataan dimana YAB Perdana Menteri percaya calon perdana menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan jawatan itu kepada pilihan asal parti pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Memetik kata - kata YAB Datuk Seri Najib Razak:


“Tun Mahathir dikatakan hanya sementara sahaja, kerana jawatan tersebut akan diserahkan kepada Anwar setelah beliau dibebaskan,” kata Najib, merujuk kepada pemenjaraan 5 tahun bekas ketua pembangkang itu atas kesalahan liwat.
“Tun Mahathir tidak akan melepaskan jawatannya kepada Anwar kerana umum mengerti Tun menganggap semua pemimpin lain tak betul.
“Memetik kata-kata Tun pada tahun 2016, tidak mungkin beliau akan membenarkan seorang yang bermasalah moral menjadi perdana menteri.”

Bagi kami di #KLChronicle, kami amat yakin sekali bahawa janji Dr. Mahathir konon nya beliau akan menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim merupakan satu janji palsu sahaja. Janji ini dilakukan oleh Dr. Mahathir hanyalah untuk menjaga hati dan perasaan pemimpin PKR serta penyokong - penyokong gerakan Reformasi yang masih tidak memberi sokongan kepada Dr. Mahathir. 

Dengan berjanji bahawa jawatan Perdana Menteri akan diberikan kepada Anwar Ibrahim, Dr. Mahathir berharap penyokong Reformasi serta PKR akan terus menyokong beliau dalam usaha menjatuhkan YAB Perdana Menteri. Tetapi kita kena ingat, untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, beliau harus meminta pengampunan dari DYMM Yang Dipertuan Agong. Adakah akhirnya Anwar Ibrahim akan mengaku beliau meliwat Saiful Bukhari Azlan dan memohon pengampunan dari DYMM YDPA?

Ini sudah semestinya tidak akan berlaku kerana sehingga hari ini Anwar Ibrahim masih konsisten mengatakan bahawa konon - nya kes beliau meliwat Saiful Bukhari Azlan hanyalah "konspirasi politik". Jika betul ianya konspirasi politik, bagaimana Anwar Ibrahim hendak mengaku bahawa beliau meliwat Saiful Bukhari Azlan dan ingin memohon pengampunan dari DYMM YDPA?

Janji hendak memberikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri hanya merupakan satu sandiwara Dr. Mahathir Mohamad. 

Selain itu, YAB Perdana Menteri juga membangkitkan satu lagi valid point apabila YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa:
“Kalaulah Tun Mahathir memilih untuk ‘u-turn’ dan melepaskan jawatan beliau kepada Anwar sekalipun, akibatnya jawatan perdana menteri dan timbalannya, akan disandang oleh sepasang suami isteri. Inilah nepotisme tahap paling kritikal yang diamalkan mereka.
“Sudah tentu rakyat akan memberontak struktur kepimpinan seolah-olah mereka merajai Malaysia,” kata Najib.
Keadaan diatas merupakan satu malapetaka buat Malaysia. Dari sebuah negara yang mempunyai demokrasi yang subur, akhirnya Malaysia menjadi satu negara yang dipimpin oleh sepasang suami isteri. Didalam dunia ini, hanya Zimbabwe sahaja sebelum ini yang dipimpinan oleh sepasang suami isteri iaitu Robert & Grace Mugabe. Adakah kita pun hendak mengikut langkah negara Zimbabwe?

Kami di #KLChronicle berharap rakyat Malaysia buka mata dan minda serta menolak Pakatan Harapan pada PRU - 14 yang akan datang. Negara kita kini sedang didalam keadaan yang baik dengan perkembangan ekonomi yang mantap. Janganlah kita hancurkan masa depan anak cucu kita dengan melantik seorang yang berumur 93 tahun kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia dan kita kembali kepada zaman kroni capitalism yang dibawa oleh Dr. Mahathir Mohamad.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget