KL CHRONICLE: Berbeza dengan anak @ChedetOfficial , anak PM @NajibRazak cuma penjual Quinoa #YP #kltu #jbtu #KekalNajib

Monday, February 26, 2018

Berbeza dengan anak @ChedetOfficial , anak PM @NajibRazak cuma penjual Quinoa #YP #kltu #jbtu #KekalNajib


Kami di #KLChronicle tertarik dengan satu berita yang diterbitkan oleh akhbar Pro - Pembangkang iaitu Malaysiakini yang cuba membuat satu isu hanya kerana anak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak menjual makanan kesihatan quinoa. Cubaan lemah Malaysiakini untuk menyerang keluarga YAB Perdana Menteri membuktikan bahawa mereka (Malaysiakini) sudah tidak ada isu lagi hendak dimainkan menjelang PRU - 14 yang akan datang. 



Kami di #KLChronicle malas menulis panjang akan hal ini, tapi kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Malaysiakini kerana membuktikan bahawa anak PM hari ini hanya menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual sejenis makanan yang seumpama beras bagi tujuan kesihatan manusia dan bukan terlibat dalam perniagaan bernilai jutaan ringgit seperti anak - anak Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Mari kita lihat perniagaan anak - anak Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri:

Mokhzani Mahathir

Memetik satu artikel yang diterbitkan oleh akhbar PKR iaitu Keadilan Daily:
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digesa meletak jawatan dalam Petronas kerana gagal menjaga kepentingan Petronas dan lebih mengutamakan syarikat milik anaknya.
Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail mengulas penganugerahan kontrak Petronas Carigali Sdn Bhd bernilai RM836 juta kepada anak syarikat SapuraKencana Petroleum Bhd.
Anak Mahathir – Datuk Mokhzani Mahathir adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dan Naib Pengerusi Kencana.
Azan berkata, sebagai negarawan, Mahathir patut malu kerana sinonim dengan jolokan kronisme.

Sumber : http://www.keadilandaily.com/mokhzani-dapat-kontrak-petronas-rm836j-mahathir-patut-letak-jawatan/

Mirzan Mahathir

Memetik blog Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim beliau dengan jelas telah menulis tentang isu bailout syarikat Mirzan Mahathir menggunakan wang rakyat melalui PETRONAS:

Lebih kurang pada 1997, Konsortium Perkapalan (KP) di mana Mirzan Mahathir, salah seorang anak Dr. Mahathir, yang mempunyai kepentingan besar di dalamnya, mengalami kerugian besar akibat daripada krisis ekonomi. Dr. Mahathir telah mencadangkan bahawa Perbendaharaan memikirkan satu skim khas untuk bailout KP. 

Selepas itu, lebih kurang pada awal tahun 1998, Tan Sri Hasan Merican, CEO Petronas telah berjumpa dengan Anwar Ibrahim dan telah menzahirkan bantahan beliau dan lain-lain eksekutif kanan terhadap cadangan Dr. Mahathir untuk membolehkan Lembaga Petronas untuk menyusun satu bailout untuk KP. Anwar Ibrahim kemudiannya mengadu kepada Hasan mengenai kesulitan beliau semenjak hubungan beliau dengan Dr. Mahathir telah menjadi tegang terutamanya mengenai isu KP. 
Walaubagaimanapun Hasan menggesa Anwar Ibrahim untuk campur tangan dan memujuk Dr. Mahathir Apabila Anwar Ibrahim melakukannya, Dr. Mahathir merasa tersinggung dan mengatakan secara ringkas dan kasar "Petronas is not under the control of the Treasury". Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Dr. Mahathir telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri di dalam mengarahkan Petronas untuk bailout KP menurut S.3(2) dan (3) Petroleum Development Act 1974. Bailout tersebut melibatkan, antara lain, bayaran tunai lebih kurang RM700 juta kepada KP yang mana seharusnya telah menguntungkan Mirzan Mahathir.

Sumber : http://anwaribrahimblog.com/2006/06/17/jawapan-anwar-ibrahim-kepada-penyataan-belaan-tun-dr-mahathir-mohamad/

Ini dengan jelas melalui keterangan Anwar Ibrahim sendiri bahawa Dr. Mahathir telah menyalahgunakan kuasa beliau dengan mengarahkan PETRONAS yang dimiliki oleh rakyat untuk bailout anak syarikat Mirzan Mahathir. Ini tidak pernah berlaku sekarang pada zaman YAB Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. 

Mukhriz Mahathir

Mukhriz Mahathir lagi sempoi. Anak kesayangan Dr. Mahathir yang dikenali sebagai "boboi" ini telah mendapat kontrak dari Telekom Malaysia melalui syarikat milik beliau iaitu Opcom. Ketika zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, syarikat Opcom milik anak beliau telah mendapat kontrak berjumlah RM 240 juta dari kerajaan. Lihat gambar dibawah:



Konklusi

Ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, anak - anak beliau semua "masyuk" dan selepas beliau letak jawatan dari menjawat jawatan Perdana Menteri, anak - anak beliau terus "masyuk". Namun portal pembangkang seperti Malaysiakini nampaknya buta akan hal ini dan mahu membuat isu yang anak YAB Perdana Menteri menjual beras quinoa pula. Apa punya bodoh Malaysiakini ni?

1 comment:

Anonymous said...

hanya yg bodoh perasan cerdik jer baca malaysiaKini tu...
pendek kata apa saja yg di siar dlm MalaysiaKini semuanya betul dan maksum...phuiii

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget