KL CHRONICLE: SPRM dedah mungkin ada lagi "malaun" ditangkap pasal skandal terowong P. Pinang #kltu #jbtu #Negaraku

Monday, January 22, 2018

SPRM dedah mungkin ada lagi "malaun" ditangkap pasal skandal terowong P. Pinang #kltu #jbtu #Negaraku



Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak akan ada lagi tangkapan bagi membantu siasatan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata setakat ini penyiasat sudah merakamkan keterangan daripada 76 saksi.


“Siasatan masih dijalankan dan saya jangka ramai lagi saksi akan dipanggil…dan saya tidak menolak mungkin ada tangkapan dibuat,” katanya pada sidang media di Majlis Paluan Berundur sempena persaraan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah di ibu pejabat SPRM.

Jumaat lalu, Azam berkata SPRM sudah pergi sekurang-kurangnya ke 42 lokasi, membabitkan syarikat perunding dan agensi kerajaan di Pulau Pinang dan Lembah Klang.

Setakat ini, hanya 2 individu bergelar “Datuk” ditahan bagi membantu siasatan itu dan masing-masing sudah dibebaskan dengan jaminan mahkamah.

Azam juga menafikan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa agensi itu bersikap dwistandard dalam siasatan tersebut.

“Kita jalankan secara profesional. Kita lihat semua sudut maklumat diberi, semua perkara diberikan daripada sosial media ataupun ‘mainstream’.

“Saya akan lihat maklumat itu sebab bukan semua maklumat betul. Kita akan lihat sebab kita ada cara untuk dapatkan maklumat itu,” katanya.

Azam juga enggan mengulas laporan media mendakwa ada beberapa ahli politik dipercayai terlibat dalam isu itu.

“Saya tidak mahu spekulasi sesiapa pun di sini. Itu laporan akhbar. Jadi daripada pihak kami, siasatan sedang dijalankan, sesiapa sahaja terlibat dalam menerima apa-apa rasuah kita akan siasat.

“Kita tidak akan namakan siapa-siapa termasuk ahli politik,” katanya.

Azam menjangkakan SPRM akan mengambil masa lagi untuk menyerahkan kertas siasatan kepada peguam negara.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad enggan mengulas isu Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) SPRM yang ditugaskan untuk membasmi gejala rasuah di agensi kerajaan ditarik balik.

Beliau berkata SPRM menganggap isu Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) telah selesai.

“SPRM akan beri kerjasama seterusnya dan beri komitmen untuk pastikan apa saja yang dirancang akan berjalan dengan baik dan kita akan pastikan tugas dan tanggungjawab kami tidak terjejas.

“Malah akan beri sepenuh kerjasama untuk pastikan agensi kerajaan mempunyai pengurusan dan tadbir urus yang baik dan bersih dari gejala rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

http://keris7lok.blogspot.my/2018/01/kenaikan-cukai-hartanah-premis-punca.html?m=1

KLU DAH TAHU CUKAI. DI.SELANGOR PENANG NAIK BERKALI KALI ... LINK ATAS

MOHON.LA BN MASUKKAN DLM.MANIFESTO BN KALAU BN MRNANG DI SELANGOR DAN.PENANG CUKAI DITURUNKAN....


ALAHAIIIIIII.... WAKE UP LA BN UMNO SELANGOR...!!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget