KL CHRONICLE: SPAD main peranan besar dalam kejayaan kerjasama RTS Malaysia Singapura #Negaraku #United #Malaysia

Tuesday, January 16, 2018

SPAD main peranan besar dalam kejayaan kerjasama RTS Malaysia Singapura #Negaraku #United #Malaysia


Hari ini sejarah telah tercipta apabila kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian mengenai Sistem Rapid Transit (RTS) yang menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands Utara di Singapura. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak dan sahabat baik beliau Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di Istana Presiden. 



CEO SPAD Encik Mohd Azharuddin Mat Sah
Ramai yang tertanya - tanya, apa itu RTS dan bagaimana ianya dapat membantu rakyat Malaysia yang ingin ke Singapura dan rakyat SIngapura yang ingin ke Malaysia. Memetik kata - kata Chief Executive Officer (CEO) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Encik Mohd Azharuddin Mat Sah;
RTS mampu menampung pergerakan kira-kira 10,000 pengguna setiap jam antara kedua-dua negara. Projek ini dijangka bermula pada Tahun 2019 dan mula beroperasi pada Tahun 2024 dan akan mampu mengurangkan kesesakan di kawasan sempadan sehingga 15%. 
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak SPAD kerana telah berusaha bersungguh - sungguh dan bertungkus lumus dalam memastikan RTS ini berjaya. Jika pembaca masih ingat, kami di #KLChronicle pernah menulis satu artikel dimana kami menyentuh tentang pertemuan kepimpinan tertinggi SPAD dengan DYMM Sultan Johor pada bulan November 2017 yang lalu.


Dalam artikel tersebut, kami telah menulis:
Baru - baru ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah menerima menghadap Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, bersama pegawai kanannya di Istana Bukit Pelangi, Johor. Objektif pertemuan ini adalah untuk mendapatkan perkenan DYMM Sultan Johor bagi tiga pilihan jajaran jambatan Projek Sistem Transit Rapid (RTS). 
Alhamdulillah, usaha SPAD yang "take the extra mile" untuk menghadap DYMM Sultan Johor, menerima maklum balas dari baginda dan cuba mendapatkan win - win situation dalam projek RTS ini demi kesejahteraan warga Johor secara khususnya dan rakyat Malaysia secara amnya membuahkan hasil.


Bukankah ini satu perkara yang sangat baik?

Bagi kami di #KLChronicle, perjanjian RTS antara Malaysia dan Singapura membuktikan bahawa hubungan kita dengan jiran kita di selatan adalah amat baik dan akrab sekali. Ini berbeza pada waktu dahulu dimana mantan Perdana Menteri kita pada suatu ketika, amat suka bergaduh dengan Singapura sehingga merugikan rakyat di negara ini. Tidak ada langsung pembangunan yang dilakukan oleh kedua - dua kerajaan yang membawa kebaikkan kepada rakyat.



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget