KL CHRONICLE: Padan muka, kerana posting jelik akhirnya rumah Nga Kor Ming diserbu SKMM!

Friday, January 19, 2018

Padan muka, kerana posting jelik akhirnya rumah Nga Kor Ming diserbu SKMM!



Akhirnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam telah menyerbu rumah Ahli Parlimen Nga Kor Ming dari DAP, serta pusat khidmat rakyat and kediaman ibu bapanya. Ini susulan dari posting - posting Facebook Nga yang biadap, kurang ajar dan menjelikkan. 


Difahamkan pegawai SKMM turut merampas telefon bimbit dan komputer riba beliau yang dipercayai telah disalahguna untuk menyebarkan perkara - perkara yang jelik serta melanggar undang - undang SKMM. 


Sumber DAP di Perak mengesahkan serbuan itu kepada wartawan #KLChronicle, dan menambah kenyataan polis ahli Parlimen Taiping itu telah diambil di Balai Polis Sungai Senam. Seperti biasa, Nga Kor Ming berlakon konon beliau adalah mangsa dalam kes ini namun orang tahu ini adalah tidak benar sama sekali. 


Nga berkata tindakan SKMM hari ini ada kaitan dengan komen yang kritikal terhadap kerajaan yang disiarkan di media sosial, dan menambah beliau dimaklumkan SKMM melakukan siasatan bawah Seksyen 233(1) Akta SKMM, kerana penggunaan tidak wajar kemudahan internet.

Catatan terbaharu Nga di Facebook memang kurang ajar apabila beliau memaparkan gambar seekor monyet, mengecam Umno kerana kenaikan harga minyak semalam.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget