KL CHRONICLE: Mukhriz Mahathir masih ada saham bernilai hampir RM 15 juta dalam syarikat kontroversi #Opcom

Saturday, January 6, 2018

Mukhriz Mahathir masih ada saham bernilai hampir RM 15 juta dalam syarikat kontroversi #Opcom


Sebentar tadi kecoh di media sosial konon nya anak kepada Dr. Mahathir Mohamad, yang juga merupakan Pengasas Opcom Holdings Bhd Mukhriz Mahathir telah menjual saham beliau dalam syarikat tersebut sebanyak 648,600 saham yang berharga hampir RM 267, 450. Kepentingan langsung Mukhriz dalam syarikat berkenaan kini sebanyak 40.61 juta saham yang bersamaan 25.18 peratus selepas penjualan berkenaan.

Sumber : http://www.astroawani.com/berita-bisnes/mukhriz-jual-saham-opcom-164866


Untuk pengetahuan pembaca, jumlah satu unit saham Opcom ialah RM 0.375 sen. Dengan mempunyai jumlah saham sebanyak 40.61 juta, secara langsung "nilai" yang dimilik oleh Mukhriz dalam Opcom adalah sebanyak hampir RM 15 juta ringgit. 



Apabila diselidik dengan lebih lanjut, rupanya pada tahun 2003 ketika Mahathir sebagai PM dan Menteri Kewangan, beliau telah memberikan Syarikat Opcom Holdings Berhad milik Mukhriz Mahathir dan anak-anaknya kontrak berpusat membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta ‪#secara‬ rundingan terus” daripada Telekom Malaysia melalui kelulusan Kementerian Kewangan.


Bukan itu sahaja kerana Opcom memonopoli pengeluar fiber optik, pada Februari 2015, kerajaan telah menganugerahkan Telekom Malaysia Bhd ( TM) projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Fasa ke 2 melibatkan kos RM3.4B. Projek ini turut memberi manfaat kepada Opcom apabila dalam tahun 2015 TM menganugerahkan 3 projek berjumlah RM RM282.24 juta kepada syarikat berkenaan. 

Bagi kami di #KLChronicle, keluarga Mahathir jangan berpura - pura konon hendak menyelamatkan Malaysia walhal mereka lebih mementingkan kekayaan keluarga mereka sendiri. Hendak selamatkan Malaysia atau hendak kayakan poket anak - beranak? Kepada penyokong pembangkang, tidak sedarkah anda sedang diperbodohkan oleh Dr. Mahathir dan keluarga beliau?



1 comment:

Anonymous said...

PEDANO MINTRI UNTUK KE DUA KALI..?
KAMI NAK DIO BUKAN DUO TAPI SEPULOH KALI..
BIA MESIA KUEK BERJUDI SAHAM NAIK LAGI
BIA ANAK CUCU COMANGO KAYO BERGANDO LAGI..
SOOO LU FIKIR LA SINDIRI....!!!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget