KL CHRONICLE: Jom isi kaji selidik kepuasan pengguna perkhidmatan MyBAS 2017 #SPAD #Negaraku #Malaysia

Tuesday, January 30, 2018

Jom isi kaji selidik kepuasan pengguna perkhidmatan MyBAS 2017 #SPAD #Negaraku #Malaysia


Sehingga hari ini beberapa negeri di Semenanjung Malaysia sudah mempunyai perkhidmatan MyBAS mereka sendiri hasil dari Program Transformasi Pengangkutan Awam Darat yang dipelopori oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). 



Antara negeri yang sudah mempunyai perkhidmatan MyBAS adalah Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Kedah dan tidak lama lagi di Terengganu. Namun SPAD menyedari bahawa perkhidmatan MyBas ini boleh dipertingkatkan lagi supaya ianya menjadi antara perkhidmatan pengangkutan awam darat yang terbaik di negara ini.

Salah satu cara untuk SPAD mempertingkatkan perkhidmatan MyBas adalah dengan membuat kaji selidik kepuasan pengguna (Customer Satisfaction Survey) dimana pengguna perkhidmatan MyBas boleh berkongsi pendapat mereka tentang perkhidmatan MyBAS dan bagaimana ianya boleh diperbaiki. 

Bagi kami di #KLChronicle, usaha yang diambil oleh SPAD ini wajar diberi pujian. Ianya juga membuktikan SPAD serius dalam memastikan perkhidmatan MyBAS mencapai objektif sebenar iaitu memudahkan pergerakan penduduk di kawasan ianya beroperasi.

Pada pendapat pembaca, adalah perkhidmatan MyBAS ini bagus dan wajar diteruskan?


Isi segala pendapat anda disini : https://buff.ly/2DMoUPM

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget