KL CHRONICLE: Dr Mahathir masih tidak puas hati, terus balun jemaah Mufti Malaysia #United #Negaraku

Thursday, January 4, 2018

Dr Mahathir masih tidak puas hati, terus balun jemaah Mufti Malaysia #United #Negaraku


Top Dog Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad nampaknya masih berdegil dan terus mempertahankan kritikan jijik beliau terhadap mufti yang konon - nya membisu dalam isu “Amanat Hadi”.

Ini kerana kegagalan para mufti menangkis secara berkesan perbuatan politik Hadi menyebabkan amanat itu telah memesongkan agama orang Islam, katanya.

“Oleh kerana mufti tidak memberi pendapat tentang pengkafiran ini, walaupun sanggup menafikan ajaran sesat Arqam Ashaari, Ayah Pin dan beberapa tokoh lain maka ramai orang Islam percaya dan taksub dengan dakwaan Hadi dan PAS.



Sehingga ke hari ini mufti tidak menolak dakwaan PAS dan Hadi. Di Terengganu masih ada orang Islam yang percaya bahawa orang Umno dan orang lain yang tidak menyertai PAS adalah kafir,” katanya dalam satu surat kepada Utusan hari ini.

Bagi kami di #KLChronicle, dakwaan Dr. Mahathir bahawa mufti tidak menolak dakwaan PAS dan Hadi adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana dalam buku “Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia” terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menunjukkan sebaliknya.

Ini kerana Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 21 November 1984 itu telah membincangkan mengenai isu kafir-mengkafir sesama orang Islam, walaupun bukan secara "direct" merujuk kepada  “Amanat Haji Hadi”. Namun perkara ini telah dibincangkan oleh JAKIM. 

Keputusan penuh Muzakarah Khas ini, yang dipertegaskan semula di dalam bentuknya yang asal oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Januari 2013, adalah seperti berikut:

“a. Bahawa jika ada tuduhan atau anggapan oleh ahli atau penyokong PAS atau oleh sesiapa jua bahawa ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam sebagai kafir, atau sebaliknya iaitu ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam menuduh pemimpin atau ahli-ahli PAS kafir, adalah tidak benar sama sekali dan sia-sia. Oleh yang demikian ahli-ahli UMNO atau sesiapa jua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah adalah tetap orang Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak berkuasa agama Islam Malaysia.”

“b. Sesiapa yang membuat tuduhan atau anggapan bahawa ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan atau sesiapa juga yang beragama Islam sebagai kafir, maka perbuatan itu adalah haram dan hendaklah bertaubat kepada Allah. Perbuatan itu hendaklah diberhentikan dengan serta merta.”

Oleh yang demikian, tuduhan Dr. Mahathir bahawa jemaah mufti bersikap membisu dalam isu "Amanat Hadi" adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI DAN MERUPAKAN SATU FITNAH JAHAT DARI DR. MAHATHIR. 


1 comment:

Unknown said...

Tanya en maza mufti perlis..
Maza sorang lagi yg patut diganti..
Maza tak suka org hormat sultan..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget