KL CHRONICLE: Apa yang si Kamal #PERS1M ini duk merapu macam budak - budak? #Negaraku #Malaysia #kltu #jbtu

Tuesday, January 30, 2018

Apa yang si Kamal #PERS1M ini duk merapu macam budak - budak? #Negaraku #Malaysia #kltu #jbtu


Kami di #KLChronicle telah mendapat screenshot diatas malam tadi melalui aplikasi WhatsApp dan kami terpanggil untuk menjawab status bodoh yang dibangkitkan oleh seorang makhluk yang bernama  Kamal PERS1M. Apabila disiasat individu "Kamal PERS1M" ini merupakan antara pemimpin  Persatuan Tranformasi Pemandu Teksi Malaysia yang merupakan satu organisasi yang boleh dikategorikan sebagai mungkin anti - kerajaan. 





Pertama sekali, Kamal nampaknya begitu marah dengan gerakan e-hailing seperti Uber dan Grabcar kerana telah "menggangu" keuntungan pemandu teksi. Namun Kamal lupa bahawa sebagai pengguna, rata - rata rakyat Malaysia lebih selesa menggunakan perkhidmatan Grab dan Uber berbanding perkhidmatan teksi konvensional. Terdapat beberapa sebab perkara ini berlaku dan kami yakin Kamal pun tahu mengapa.

Antaranya sudah pasti apabila rakyat menggunakan perkhidmatan Grab dan Uber, rakyat TIDAK AKAN DITIPU kerana semuanya "linked" kepada sistem bersepadu dimana harga tambang dan laluan perjalanan telah diberitahu dengan lebih awal. Rakyat juga dapat membayar tambang menggunakan kad kredit dimana ianya lebih "convenient" dan rakyat tidak perlu membawa wang yang banyak ketika menggunakan perkhidmatan awam.

Tentang persoalan Kamal apa akan jadi jika pemandu disingkirkan dari kedua - dua syarikat iaitu Uber dan Grab, Kamal patut terlebih dahulu bertanyakan kepada diri beliau sendiri mengapa pemandu disingkirkan dari kedua - kedua syarikat ini? Uber dan Grab cuma akan memecat pemandu yang melanggar "Terms and Conditions" serta perjanjian antara pemandu dan syarikat. 

Jika pemandu dipecat, mesti disebabkan pemandu telah melakukan kesalahan mahupun pelanggan telah membuat aduan terhadap pemandu. Kenapa pula kerajaan yang harus dipersalahkan? Jika penumpang membuat aduan terhadap pemandu, sudah pastinya satu siasatan akan dijalankan sebelum tindakan diambil. Ini merupakan satu proses yang biasa. Mengapa Kamal rasa pemandu teksi ini merupakan insan yang "istimewa" sehingga tidak boleh ada tindakan diambil terhadap mereka?

Lagi satu, Kamal tidak perlu mengugut kerajaan konon hendak bercerita memberi peluang kepada kerajaan. Jika Kamal rasa pembangkang akan lebih menjaga kebajikan beliau dan rakan - rakan beliau, secara terus terang kami di #KLChronicle ingin menyuruh mereka untuk mengundi sahaja pihak pembangkang dan jangan menyusahkan pihak kerajaan. Kerajaan tidak ada masa hendak melayan parasit seperti Kamal ini dan konco - konco nya.

Terima Kasih. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget