KL CHRONICLE: @WeeKaSiongMP bidas kenyataan "kurang siuman" Lim Guan Eng #Negaraku #United #Malaysia

Wednesday, December 27, 2017

@WeeKaSiongMP bidas kenyataan "kurang siuman" Lim Guan Eng #Negaraku #United #Malaysia


Beberapa jam yang lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang telah didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan telah menggesa parti - parti komponen Barisan Nasional MCA, Gerakan dan SUPP untuk keluar dari Barisan Nasional kerana UMNO kini konon-nya telah bekerjsama dengan PAS dalam beberapa isu yang berkaitan umat Islam.



Kenyataan Lim Guan Eng ini telah disanggah oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang mengatakan bahawa sehingga hari ini, PAS bukan merupakan parti komponen didalam Barisan Nasional. Oleh yang demikian, tidak timbul isu bahawa MCA dan komponen lain perlu keluar dari BN. Malah, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mengingatkan Lim Guan Eng bahawa DAP sebenarnya yang sedang bekerjasama dengan PAS.

Ini dapat dibuktikan apabila DAP dan PAS kini berada sama - sama dalam kerajaan Negeri Selangor. Memetik kata - kata Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong:
“Why should MCA break up with Umno? Pas is not part of BN. Lim is totally confused. He is the one who formed the Selangor state government with Pas.
“They are still colleagues and partners until now so why shift the blame to MCA?” Wee said when contacted.
Sumber : 


Bagi kami di #KLChronicle, Lim Guan Eng sebenarnya sudah tidak ada lagi isu yang hendak dibangkitkan terhadap komponen - komponen BN. Semua parti komponen telah membuktikan kewibawaan mereka dan telah menjalankan tugas yang diamanah oleh rakyat dengan baik. Lihat sahaja Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai di Bentong, beliau mendapat sokongan yang kuat dari rakyat setempat, malah veteran - veteran MCA juga menjangkakan beliau akan menang di Bentong pada PRU - 14 yang akan datang.


Ini sangat berbeza dengan pemimpin - pemimpin DAP khususnya Lim Kit Siang dan beberapa orang pemimpin yang lain. Umum ketahui bahawa Lim Kit Siang telah GAGAL menjalankan tanggungjawab beliau dengan baik di Gelang Patah dan kini sudah terbukti bahawa beliau akan cabut lari dan bertanding di Parlimen Tanjung, Pulau Pinang. Pemimpin - pemimpin useless dari DAP sebeginikah yang kita mahu untuk mentadbir negara?


1 comment:

Unknown said...

Dah la partner dia.. mathir jual tanah malaysia..
http://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_1533_2009-06-23.html

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget