KL CHRONICLE: Terkejut Dr. Mahathir marah perjuangan UMNO kerana "lillahi taala" #Negaraku #United #Malaysia #YP

Saturday, December 30, 2017

Terkejut Dr. Mahathir marah perjuangan UMNO kerana "lillahi taala" #Negaraku #United #Malaysia #YP



1. Baru - baru ini muncul satu video telah dikongsikan oleh Ahli Parlimen Ketereh, yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa. Video itu menunjukkan Tan Sri Annuar Musa bersama - sama ahli akar umbi UMNO berikrar bahawa perjuangan UMNO adalah kerana "Lillahi Taala" iaitu perjuangan UMNO adalah kerana Allah swt. 

Lihat video berikut:





2. Sebagai seorang yang beragama Islam, sudah semestinya kita berasa lega dan gembira bahawa ada parti politik di Malaysia yang berjuang kerana Allah swt. Ini sudah semestinya satu perkara yang kita terima baik dan jika boleh kita mahu semua parti berlandaskan Bumiputera ini berjuang kerana Lillahi Taala. iaitu perjuangan kerana Allah swt. Namun ada perkara yang pelik berlaku. 


3. Top Dog dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr. Mahathir Mohamad tidak puas hati dengan perjuangan UMNO yang berlandaskan objektif Demi Allah Swt. Ini bagi kami merupakan satu perkara yang again pelik, kerana beliau sendiri tahu bahawa perjuangan UMNO adalah demi ABATA iaitu Agama, Bangsa dan Tanah Air. Oleh sebab itu UMNO tekan kan bahawa perjuangan UMNO adalah demi Allah swt. 

4. Jika Dr. Mahathir tidak bersejutu bahawa tujuan perjuangan politik adalah demi Allah SWT. Apa pula perjuangan PPBM? Umum ketahui bahawa seperti PKR, PPBM juga merupakan satu parti politik yang diasaskan oleh mereka yang kecewa dengan UMNO dan mempunyai agenda mereka tersendiri. Umum ketahui bahawa PPBM ditubuhkan untuk memastikan legasi politik Dr. Mahathir melalui Mukhriz Mahathir dapat diteruskan.

5. Ini dengan jelas membuktikan bahawa bagi UMNO, perjuangan parti adalah demi ABATA walhal bagi PPBM, perjuangan mereka adalah demi legasi politik satu keluarga. Sudah semestinya, kita sebagai rakyat Malaysia dan pengundi, wajar mengundi parti politik yang berjuang demi Lillahi Taala dan bukan berjuang bagi memastikan keluarga Dr. Mahathir terus kaya raya seperti yang berlaku sekarang.

Terima Kasih.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget