KL CHRONICLE: Senario jika DAP led Pakatan Harapan menang PRU - 14 #Negaraku #Malaysia

Wednesday, December 13, 2017

Senario jika DAP led Pakatan Harapan menang PRU - 14 #Negaraku #Malaysia


IN MY PERSONAL OPINION.

Jika Pakatan Harapan menang PRU14, ada kemungkinan besar Tun Mahathir akan jadi Perdana Menteri.

Ini adalah kerana nama Tun Mahathirlah satu-satunya nama yang boleh di canang jual kepada para pengundi, jika di bandingkan dengan nama-nama lain di dalam barisan pemimpin PH.



Namun, oleh kerana jumlah terbesar kerusi di dalam Dewan Rakyat adalah milik DAP, jumlah terbesar menteri di dalam Kabinet juga adalah dari DAP.

Maka, DAPlah yang sebenarnya menguasai pentadbiran negara ini kerana DAP boleh menguasai keputusan Kabinet dan juga “hold the Government at ransom”.

Hold the Government at ransom?  

Bagaimana?

Kalau Tun M atau orang Melayu tidak setuju kehendak kami, kata DAP, kami tidak akan sokong (mana-mana) rang undang-undang yang akan di bentangkan.

Umpamanya, kalau tidak kurangkan peruntukan untuk MARA dan pembinaan masjid, kami (DAP) tidak akan sokong Bajet 2019.

Memandangkan juga umur Tun Mahathir, siapa pula akan mengganti Tun M?

DS Anwar Ibrahim?

Pada hemat saya, Lim Kit Siang akan make sure Anwar Ibrahim will stay in jail - buat apa dia nak ada rival untuk tampuk kepimpinan Pakatan? 

Anwar being jail serves all parties well, with the exception of PKR. Malah, pada pendapat saya, MB Azmin Ali pun lebih suka kalau Anwar Ibrahim terus merengkok di dalam penjara. Lojik kan?

Balik kepada soalan saya tadi, siapa pula akan menggantikan Tun Mahathir? 

Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng.

Tidak ada peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan seorang bukan beragama Islam menjadi Perdana Menteri.

SAIFUL BAHARI BAHAROM (SBB)

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget