KL CHRONICLE: Kenyataan Tan Sri Annuar Musa tepat, Parti Bunga jangan syok sendiri #Negaraku #Malaysia

Sunday, December 24, 2017

Kenyataan Tan Sri Annuar Musa tepat, Parti Bunga jangan syok sendiri #Negaraku #Malaysia


Beberapa jam yang lalu, Ahli Parlimen Keterah merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa telah mengeluarkan satu kenyataan yang melibatkan Top Dog pakatan pembangkang iaitu Dr. Mahathir. Setelah kenyataan ini dikeluarkan, mula lah kelam - kabut barisan kepimpinan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bunga) keluar mempertahankan bos mereka. 

Memetik kata - kata Tan Sri Annuar Musa;


“Waktu saya bekerja untuk Mahathir, saya menghadapi masalah menyakinkan orang Melayu. Orang Melayu yang menyokong PAS sekian lama tolak Mahathir.
“Orang Melayu yang ikut Mahathir pula, adalah orang Melayu yang ikut kerana Umno-nya, bukan Mahathir-nya.
“Jadi orang Melayu yang ikut Mahathir kerana Mahathir, jumlahnya tidak besar,
Bagi kami di #KLChronicle, kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Annuar Musa memang benar dan tepat. Ini kerana ketika zaman Dr. Mahathir berkuasa dahulu, sokongan bukan terletak kepada Dr. Mahathir tetapi sokongan rakyat, terutamanya orang Melayu berpusat kepada UMNO dan Barisan Nasional. Oleh sebab itu lah, pada waktu ini apabila Dr. Mahathir keluar UMNO dan menubuhkan parti Bunga, hanya segelintir sahaja orang Melayu mengikut jejak langkah beliau. Mengapa?

Sampai 4 orang pemimpin parti Bunga diperlukan untuk menjawab kenyataan Tan Sri Annuar Musa
Jawapan kepada persoalan ini adalah seperti apa yang dicakapkan oleh Tan Sri Annuar Musa iaitu kerana sokongan orang Melayu adalah kepada parti keramat UMNO dan bukan Dr. Mahathir. Tambahan pula apabila Dr. Mahathir kini mula bekerjasama dengan DAP, musuh politik  No 1 beliau ketika beliau berkuasa dahulu, rakyat sudah menilai bahawa Dr. Mahathir merupakan seorang pemimpin yang tidak mempunyai prinsip dalam perjuangan.

Jika benar sokongan orang Melayu terhadap Dr. Mahathir begitu hebat sekali, mengapa sehingga hari ini parti Bunga langsung tidak mampu mengadakan Annual General Meeting (AGM)/ Mesyuarat Agung mereka? UMNO pula pada awal bulan ini berjaya melangsungkan Perhimpunan Agung UMNO 2017 dengan jayanya dan dihadiri oleh ribuan penyokong serta ahli akar umbi. 

Dr Rais Hussin, pakar strategik apa jika parti sendiri gagal hendak adakan Mesyuarat Agung/AGM?
Ini dengan jelas membuktikan bahawa parti Bunga termasuk barisan kepimpinan mereka telah gagal dan sebenarnya merupakan liabiliti kepada pakatan pembangkang. Kemasukan Dr. Mahathir sebagai Top Dog pakatan pembangkang dengan secara rasminya membuatkan orang Cina mula menyampah dengan DAP kerana sanggup menggadaikan prinsip perjuangan menentang kezaliman Dr. Mahathir semata - mata kerana kuasa dan orang Melayu pula tidak boleh terima pengkhianatan yang dilakukan oleh Dr. Mahathir apabila beliau bekerjasama dengan Lim Kit Siang.

Akhirnya, kerana Dr. Mahathir dan sikap rakus beliau mahu merampas kuasa, pakatan pembangkang akan hancur dengan sendiri nya. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget