KL CHRONICLE: Jahil Politik dan Tanah Felda #Negaraku #Malaysia #KitaOK #kltu

Saturday, December 23, 2017

Jahil Politik dan Tanah Felda #Negaraku #Malaysia #KitaOK #kltu


1. Saya memang jahil politik. Jika mahu cari bahan berkualiti hal politik carilah di garis-garis masa orang lain. Saya menulis sekadar suka-suka. 

2. Dalam isu tanah Felda kita kena sokong usaha Tan Sri Shahrir Samad mendapatkan semula hak felda walau dengan apa cara sekalipun. 



3. Jika ada kesalahan hatta di kalangan pengurusan tertinggi Felda atau orang politik pun maka tindakan harus diambil. 

4. Namun sebagai rakyat biasa yang jahil politik saya fikir adalah amat naif sekali membenarkan kumpulan media prima mensensasikan terlebih dulu isu ini sehingga menimbulkan syak wasangka politik. 

5. Bukankah lebih elok maklumat ini dibuat melalui sidang media khas Felda kerana ia sudah dikesan oleh Felda sejak awal tahun lagi. Ini akan memberi gambaran bahawa Felda serius melakukan pembetulan. 

6. Sekarang persepsi yang timbul ialah jika media tidak mendedahkan sudah tentu ia akan disembunyikan oleh Felda. 

7. Fakta ini tidak benar sama sekali kerana Felda sedang menggunakan pelbagai saluran termasuk laporan polis, SPRM dan Pejabat Tanah. 

8. Malah sebelum pendedahan ini, Perdana Menteri sendiri mahukan perkara ini diselesaikan secara telus dan mengikut saluran undang-undang. 

9. Saya hendak nyatakan kita ada isi bagus tapi cara pengurusannya media sangat naif.

10  Jika ada orang tertentu hendak melenting dengan saya kerana menyindir agenda mereka terserahlah. Jangan peduli sangat dari penulis cap ayam ini.😂

Ab Jalil Backer

1 comment:

Anonymous said...

Mohon dedahkan CEO Synergy Promenade Sdn Bhd sapa pemilik .... pengarah... pemegang saham..?

Susah ssgt ke nak siar kan...?

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget