KL CHRONICLE: Ah Chong calon MCA di Seremban, Anthony Loke mana mau lari?

Sunday, December 31, 2017

Ah Chong calon MCA di Seremban, Anthony Loke mana mau lari?


Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Ketua Pemuda MCA, Senator Datuk Chong Sin Woon yang sebentar tadi telah diumumkan sebagai calon MCA bagi bertanding di kerusi Parlimen Seremban pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Memetik kata - kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai:

"Pemilihan Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan adalah berdasarkan gerak kerja beliau selain dilihat mempunyai komitmen tinggi dalam memberi khidmat kepada penduduk Seremban ditambah keperibadian yang dinamik serta popular dalam kalangan penduduk setempat."
"Saya minta penduduk di Seremban memberi sokongan kepada MCA kerana kita perlukan perwakilan kaum Cina dalam kerajaan bagi memberi perkhidmatan berterusan kepada masyarakat Cina," 
Bagi kami di #KLChronicle, pemilihan Datuk Chong Sin Woon merupakan calon yang sangat tepat. Malah, penduduk Seremban sangat bertuah jika Datuk Chong menjadi wakil rakyat mereka pada PRU - 14 yang akan datang. Umum ketahui bahawa walaupun Datuk Chong bukan merupakan Ahli Parlimen Seremban, beliau telah banyak melakukan kerja - kerja kebajikan dan berkhidmat untuk rakyat Seremban. 

Antara khidmat beliau yang sangat memberi kesan positif kepada warga Seremban adalah apabila beliau dengan pantas turun melawat dan memberi sumbangan RM 1,000 kepada setiap peniaga yang terjejas selepas premis perniagaan mereka di Pasar Besar Seremban  hangus dijilat api pada 10 September yang lalu. Bantuan itu diberikan kepada kira-kira 327 pemilik premis di tingkat satu pasar berkenaan yang terjejas.

Rujukan: http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?cat=sl&id=1389997

Selain itu, baru - baru ini Datuk Chong dengan usaha beliau sendiri telah memulakan satu gerakan kutipan sumbangan dimana hasil kutipan derma yang diusahakan oleh beliau berjaya memperoleh RM101,000. Wang yang diterima itu telah digunakan untuk membeli Sebanyak 2,900 pasang kasut sekolah untuk diagihkan kepada pelajar kurang berkemampuan di daerah Seremban. 

Rujukan : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1423447

Ini semua dilakukan ketika beliau BUKAN merupakan Ahli Parlimen Seremban. Cuba bayangkan apa yang beliau mampu lakukan jika beliau dipilih oleh warga Seremban sebagai Ahli Parlimen mereka?

Akhir sekali, mana pergi Anthony Loke? Anak - anak sudah mahu ke sekolah dalam masa dua hari lagi tapi Ahli Parlimen Seremban kami di #KLChronicle pun tidak tahu di mana. 

1 comment:

Anonymous said...

Good move!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget