KL CHRONICLE: SPAD tak kasi peluang, lori yang langgar undang - undang akan diambil tindakan!

Wednesday, November 8, 2017

SPAD tak kasi peluang, lori yang langgar undang - undang akan diambil tindakan!



Syabas dan tahniah diucapkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), terutamanya Ketua Jabatan Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad yang sentiasa proaktif dan konsisten dalam menjalankan operasi mengenalpasti lori - lori yang melanggar undang - undang jalan raya melalui Ops Hippo.



Baru - baru ini, satu operasi telah dijalankan di kawasan Kuanta  dan Pekan untuk mengenal pasti serta mengambil tindakan tegas ke atas pemandu lori yang melanggar peraturan. Memetik kata - kata Mejar Jeneral Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad : 

"Pihak SPAD bersama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan operasi bersepadu ini secara berterusan di sekitar daerah Kuantan dan Pekan untuk mengenal pasti serta mengambil tindakan tegas ke atas pemandu lori yang melanggar peraturan.

"Kita berharap orang ramai membuat aduan terus kepada SPAD, JPJ dan polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai kegiatan pemandu lori yang membahayakan pengguna jalan raya,"

Bagi kami di #KLChronicle, apa yang dilakukan oleh SPAD melalui Ops Hippo ini merupakan satu tindakan yang tepat serta memberi banyak kebaikkan kepada rakyat. Umun ketahui bahawa antara punca utama kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh pemandu lori yang memandu secara merbahaya serta membawa lebih muatan dari yang dibenarkan. 

Menyedari hakikat ini, SPAD secara konsisten menjalankan Ops Hippo. Malah dalam operasi yang dilakukan di Kuantan & Pekan ini, SPAD telah mengenal pasti lebih 40 kesalahan dilakukan pemandu lori pengangkut bahan binaan termasuk 25 kes melibatkan pemandu-pemandu lori yang mengangkut muatan berlebihan.

 Harapan kami di #KLChronicle adalah supaya pemandu lori dan syarikat lori memberi kerjasama dan ikut undang - undang yang telah ditetapkan. Jangan lah suka hati membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain semata - mata kerana mahu mengaut keuntungan.

Apa pendapat pembaca.?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget