KL CHRONICLE: SPAD perkenalkan myBAS di dua buah negeri tidak lama lagi #DemiRakyat #Negaraku #Malaysia

Monday, November 27, 2017

SPAD perkenalkan myBAS di dua buah negeri tidak lama lagi #DemiRakyat #Negaraku #Malaysia



Syabas dan tahniah diucapkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana bakal memperkenalkan perkhidmatan myBAS di dua buah negeri lagi iaitu Terengganu dan sebuah negeri lagi yang masih belum diputuskan pada suku kedua tahun depan. Di Terengganu, myBAS akan beroperasi di Kuala Terengganu sekaligus memberi kemudahan pengangkutan awam yang murah dan efisien kepada warga KT. 

Memetik kata - kata Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Qamar Wan Noor, :


"Program ini bagi membantu pengguna di luar Lembah Klang menikmati transformasi pengangkutan awam darat dari segi kemudahan dan kualiti.
"Kita akan memberi tumpuan kepada perkhidmatan bas di bandar dan berdasarkan program myBAS di beberapa negeri sebelum ini, maklum balas yang kami terima sangat menggalakkan.


Tahukah pembaca bahawa projek myBAS ini adalah dibawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) dan sehingga hari ini ianya sudah beroperasi di Kangar, Perlis, Seremban, Negeri Sembilan dan Ipoh, Perak sejak 2015. Bagi kami di #KLChronicle, program myBAS ini secara jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan bas yang berkualiti untuk rakyat.

Ini juga konsisten dengan visi dan misi kerajaan Barisan Nasional dimana rakyat diutamakan. Umum ketahui bahawa di bandar - bandar kecil (luar Lembah Klang), perkhidmatan awam adalah tidak memberangsangkan. Malah ada di beberapa kawasan, perkhidmatan bas pun tidak ada dan teksi pula tidak menggunakan meter bila mengambil penumpang. 

Menyedari bahawa ini semua membebankan rakyat, kerajaan BN dan SPAD telah sama - sama mewujudkan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) demi kesejahteraan rakyat. Bukankah ini yang kita mahukan,iaitu sebuah kerajaan yang bertanggungjawab seperti Barisan Nasional?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget