KL CHRONICLE: Kenapa Dr. Mahahir sayang sungguh dengan Francis Yeoh dan YTL ? #ExpoNegaraku #Negaraku #Malaysia

Sunday, November 19, 2017

Kenapa Dr. Mahahir sayang sungguh dengan Francis Yeoh dan YTL ? #ExpoNegaraku #Negaraku #Malaysia


Kerajaan memberi jaminan kadar tambang Express Rail Link (ERL) dari Stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2 tidak akan naik untuk tempoh 15 tahun lagi walaupun dari segi perjanjian, ERL dibenarkan menaikkan tambang mengikut terma konsesi kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi.



Aziz menjelaskan kerajaan menghalang kadar tambang ERL dinaikkan sepanjang 15 tahun sebelum ini sehinggalah semakan semula dilakukan dengan langkah meletak harga siling yang menyaksikan kenaikan tambang sebanyak RM20 tahun lalu.

“Kita telah buat kajian semula, sebab itu apabila pihak ERL mahu menaikkan harga sebelum ini kita tak benarkan dan sehinggalah tahun 2016.

“Setelah lebih kurang 15 tahun beroperasi baru kita buat pendekatan baharu dengan deregulate maknanya kita melaksanakan kajian semula,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Aziz berkata, kerajaan tidak akan memberi pampasan kepada pihak konsesi susulan langkah yang diambil dengan melanjutkan konsesi menjadi 30 tahun walaupun sebenarnya ERL boleh membuat tuntutan tersebut.

“Kerajaan tak akan beri pampasan selepas ini kerana kita telah beri harga siling dan seperti selama 15 tahun yang kita tak benarkan kenaikan harga tambang.

“Sepatutnya pihak ERL boleh mohon pampasan tapi kita telah lanjutkan konsesi 30 tahun,” katanya.

Selain itu, Aziz menegaskan selepas berakhir lanjutan konsesi pada 2029, kerajaan juga tidak akan lagi membayar kepada ERL kerana akan meletak harga siling sahaja.

Bermula 1 Januari 2016 lalu, penumpang ERL perlu membayar sebanyak RM55 bagi perjalanan sehala antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kenyataan itu menyebut semakan tambang terkini tersebut telah diluluskan kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berdasarkan Seksyen 120 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menyalahkan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penyebab berlaku kenaikan tambang ERL.

Najib berkata perjanjian itu sebenarnya ditandatangani pada 1997 di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir.

Malah, Najib berkata beliau cuba menghalang kenaikan tambang ERL selama 14 tahun dan jika tambang tidak dinaikkan kerajaan terpaksa membayar pampasan kira-kira RM2.9 bilion. – MalaysiaGazette

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget